Assalammualaikum semua
Tadi terbaca 1 buku motivasi.
Tertarik dengan 1 cerita ni J
Saya nak shared dengan korang2 la
TAKDIR SEORANG IBU
Sewaktu aku bekerja di sebuah kawasan perindustrian, keadaan
kampung ini sangat tenang dan mendamaikan. Namun, keadaan kampung yang damai
ini tidak semestinya menggambarkan damainya hati penduduk di sini. Sering kali
aku lihat seorang ibu tua berehat di luar rumah. Bila aku terserempak dengan
ibu tua itu, aku sering menegur dan bercakap dengannya.
Aku anggap dia sebagai ibuku sendiri. Riak mukanya aku
Nampak sebagai ibu tua yang rindukan sesuatu dan selalu bersedih. Aku
sebenarnya tidak berminat mencungkil rahsia orang. Biarlah ibu tua dengan
pengalaman hidup yang tebal menyelesaikan dan menangani permasalahannya
sendiri. Aku bukannya pakar psikologi yang layak memberi nasihat.
Rupanya ibu tua itu mempunyai seorang anak. Anaknya berkerja
di Bandar dan jarang pulang ke rumah. Anaknya terlalu sibuk. Benar, ada kiriman
wang yang diberikan setiap bulan. Makan pakainya cukup disediakan oleh anaknya.
Jika dilihat dan dinilai dari pandangan mata, sudah tentu ramai orang akan
berkata “sejuk perut ibu mengandung” “bertuah kau ada anak seperti ini”
Tapi itu hanya dimata, tapi di hati wanita tua itu tiada
siapa tahu hinggalah satu hari tanpa sedar wanita tua itu mengeluarkan satu
kenyataan bahawa dia merindui anaknya itu. Tapi apakan daya, dia harus memahami
kesibukan yang dilalui oleh si anak. Sejak akhir2 ini juga, jarang telefonnya
berdering dan suara anaknya jarang kedengaran
di telinga. Bila saya menyarankan untuk dia menelefon si anak, dia risau
mengganggu ketenangan si anak ketika bekerja.
Malam itu juga, si ibu menghembuskan nafas terakhir tanpa
seorang anak yang dijaga dari sebesar dua jari tapak kakinya.
Sedih cerita ni, kesiannya mak dia. Tapi sekarang majority
untuk warga tua memang begitu. Disebabkan dunia ni dah mula pesat dan maju
membangun, semua orang berebut rebut mencari punca rezeki dan kadangkala lupa
bertanya khabar orang tua mereka yang menunggu mereka telefon bertanya khabar.
Bagi mereka wang, segala kelengkapan, makan, pakai sudah memadai untuk
menggembirakan hati orang tua. Tapi bukan itu saja yang diperlukan warga tua.
Mereka nak kan kasih sayang anak anak
Mereka nak kan anak anak mempunyai masa untuk menjenguk
mereka sebulan sekali pun cukuplah.
Mereka nak mendengar suara anak anak mereka sekurang2nya 2
hari sekali sudah memadai
Terasa sangat dengan diri sendiri lepas baca cerita ni. Saya
juga belum mampu membahagiakan hati ibu bapa. Tapi nasib baik waktu ni cuti
sem, boleh la temankan mak duduk kat rumah ni. Tahu mak boring tinggal sorang2.
Takpe la tak dapat pegang or cari duit macam kawan2 lain buat waktu cuti sem,
asalkan saya masih ada masa untuk bersama mereka, selagi mereka masih ada J
Di waktu ibu bapa sedang tidur, tatap wajahnya itu 5 minit saja, kita akan tahu bagaimana rasanya nanti bila wajah itu sudah tidak ada di situ.
terima kasih temankan mak saya juga... luv U