Je M'apelle Mussy



Assalammualaikum semua
Tadi terbaca 1 buku motivasi.
Tertarik dengan 1 cerita ni J
Saya nak shared dengan korang2 la 

TAKDIR SEORANG IBU


Sewaktu aku bekerja di sebuah kawasan perindustrian, keadaan kampung ini sangat tenang dan mendamaikan. Namun, keadaan kampung yang damai ini tidak semestinya menggambarkan damainya hati penduduk di sini. Sering kali aku lihat seorang ibu tua berehat di luar rumah. Bila aku terserempak dengan ibu tua itu, aku sering menegur dan bercakap dengannya.
Aku anggap dia sebagai ibuku sendiri. Riak mukanya aku Nampak sebagai ibu tua yang rindukan sesuatu dan selalu bersedih. Aku sebenarnya tidak berminat mencungkil rahsia orang. Biarlah ibu tua dengan pengalaman hidup yang tebal menyelesaikan dan menangani permasalahannya sendiri. Aku bukannya pakar psikologi yang layak memberi nasihat.
Rupanya ibu tua itu mempunyai seorang anak. Anaknya berkerja di Bandar dan jarang pulang ke rumah. Anaknya terlalu sibuk. Benar, ada kiriman wang yang diberikan setiap bulan. Makan pakainya cukup disediakan oleh anaknya. Jika dilihat dan dinilai dari pandangan mata, sudah tentu ramai orang akan berkata “sejuk perut ibu mengandung” “bertuah kau ada anak seperti ini”
Tapi itu hanya dimata, tapi di hati wanita tua itu tiada siapa tahu hinggalah satu hari tanpa sedar wanita tua itu mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia merindui anaknya itu. Tapi apakan daya, dia harus memahami kesibukan yang dilalui oleh si anak. Sejak akhir2 ini juga, jarang telefonnya berdering dan suara anaknya jarang kedengaran  di telinga. Bila saya menyarankan untuk dia menelefon si anak, dia risau mengganggu ketenangan si anak ketika bekerja.

Malam itu juga, si ibu menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang anak yang dijaga dari sebesar dua jari tapak kakinya.

Sedih cerita ni, kesiannya mak dia. Tapi sekarang majority untuk warga tua memang begitu. Disebabkan dunia ni dah mula pesat dan maju membangun, semua orang berebut rebut mencari punca rezeki dan kadangkala lupa bertanya khabar orang tua mereka yang menunggu mereka telefon bertanya khabar. Bagi mereka wang, segala kelengkapan, makan, pakai sudah memadai untuk menggembirakan hati orang tua. Tapi bukan itu saja yang diperlukan warga tua.
Mereka nak kan kasih sayang anak anak
Mereka nak kan anak anak mempunyai masa untuk menjenguk mereka sebulan sekali pun cukuplah.
Mereka nak mendengar suara anak anak mereka sekurang2nya 2 hari sekali sudah memadai
Terasa sangat dengan diri sendiri lepas baca cerita ni. Saya juga belum mampu membahagiakan hati ibu bapa. Tapi nasib baik waktu ni cuti sem, boleh la temankan mak duduk kat rumah ni. Tahu mak boring tinggal sorang2. Takpe la tak dapat pegang or cari duit macam kawan2 lain buat waktu cuti sem, asalkan saya masih ada masa untuk bersama mereka, selagi mereka masih ada J

Di waktu ibu bapa sedang tidur, tatap wajahnya itu 5 minit saja, kita akan tahu bagaimana rasanya nanti bila wajah itu sudah tidak ada di situ.



1 Response
  1. Suraiya Says:

    terima kasih temankan mak saya juga... luv U