Je M'apelle Mussy
heyyyy. Assalammualaikum everyone.
 I'M BACK!!!! I'M BACK!!!!! 
ho yeah ho yeah!! 
eh eh, overexcited pula dia ni :p

Apa khabar teman2?? sihat ke idak?
 what?? 
demam? selsema? pening kepala?
 well well well. 
normal thing la tu dengan cuaca yang tak tentu sekarang ni kan. 
eh, tetiba pulak merepek meraban pasal benda lain. sabar sabar.
 jom kita balik pada cerita asal ye. :)

i just wanna share with u u and u that i am............

I AM OFFICIALLY 20 YEARS OLD NOW A WEEK AGO!!!!!! 
adusssss. kenapa sekarang baru dibilangin? 
sudah basi.
hadiahnya udah hilang.
enggak apa. 
enggak apa. 
gue enggak mintak presentnya.
( apesal lak tetiba malam ni nak cakap indon pun tak tahu la. penangan Randy Pangalila ni)

semua orang cakap 
'eh, kau dah tua' 
'eh, dah boleh jadi mak orang' 
'hai, bila nak kahwin'

HELLOOOOOOOO manusia manusia sekalian. 
im only 20 years old, not 200 years old okay.

saya tak kisah dah tua, sebab semua orang akan tua.
saya tak kisah dah boleh jadi mak orang. in fact hidup sy sekarang dikelilingi budak2 comel gitu :)

KAHWIN???
 no no no not yet. 
banyak lagi benda yang belum saya capai.
lagipun saya tak matang lagi, 
masih tak pandai give & take and kawal emosi diri sendiri.

so. tutup kisah tu. ok? :) :D

hebat juga birthday saya tahun ni. satu benda yang tak dijangka dari kawan2 sy.

A Thousand, billion and trillion THANKS to my family,friends especially to my classmates.

you all make my day. a happiest moment that I never ever forget. thanks kawan

Harap UKHUWWAH yg dibina demi Allah ini berkekalan hingga JANNAH

TERIMA KASIH ALLAH KERANA MEMINJAMKAN MEREKA UNTUK SAYA :')

*ada 1 lg kek, tp tak mampu nak upload. hahaha, boleh pulak kan :p*

AMIN AMIN YA RABB :) :D



Je M'apelle Mussy
Assalamualaikum, minggu ni banyak sangat benda terjadi dan salah satu nya bila dapat berita pak cik dan cikgu yang sangat rapat dah menghadap Illahi. Allah sayang mereka, sebab tu diorang pergi dulu

1. saya tak banyak tau sangat pasal pak cik saya ni sebab kami tak rapat. Tapi yang terbaru ( walaupun benda ni dah lama jadi ) bila dia balik kampung and duduk umah adik dia. waktu tu baru kitorang bercakap and baru saya perasan yang dia ni suka menasihatkan orang ( sy suka tu ). saya pun duduk la dengar cerita dia. 1 hari tu kitorang main badminton depan rumah and kebetulan banyak lelaki kat kedai abang. tetiba pak long datang and cakap kat kitorang ' pak long x suka la anak2 pak long melompat2 depan lelaki, tak cantik' so, since dari tu kitorang macam dgn sendirinya bila nak melompat or nak main ke, kitorang akan pastikan tak de lelaki di sekeliling kami ( except angah, yeop and sewaktu dgn nya la ). Arwah juga bila di perhatikan tak suka membuka aib orang and cerita kan masalah dia pada sesiapa, menjaga solat, selalu berpandangan and beranggapan baik pada semua orang sampai kadang2 dia yang disalahgunakan. Itu la kali terakhir sy jumpa dia. Arwah meninggal hari Isnin 14.01.2013

2. Hamba Allah yang ke 2 seorang cikgu yang sgt sy syg. waktu sekolah dulu selalu bagi kitorang semangat, kata-kata semangat untuk terus belajar. kali terakhir kitorang jumpa raya deepavali 2 tahun lepas. waktu tu tengok dia sihat walafiat je and tersenyum sambut kedatangan kitorang. Cikgu Hana suka bercerita dengan kitorang, berkawan and bercakap mcm seorang ibu, kelakar and suka menegur bila kitorang buat salah. menitis air mata bila dapat tahu dia dah 'pergi' dulu. yes, Allah syg dia. dia 'pergi' selasa 15.01.2013

bila dah dengar berita org2 yg sy kenal and rapat meninggal dunia, sy terpikir, apa la perasaan anak2 diorang kan yang tengah bersekolah and memerlukan seorang ibu n bapa. Saya mula bayangkan keadaan sy d tempat diorang. Allahhhhhhh..hanya Dia yang tahu. betul, kita tak boleh mencintai manusia lain melampaui cinta kita pada Allah. tapi walau sedegil, sejahat mana pun kita, ibu bapa la orang yang paling kita ingat sampai bila2. Jujurnya saya tak sanggup hilang mak and angah saya dulu. Walaupun banyak dosa lg tp sy berdoa biar la saya pergi dulu dari mak and angah. Ya Allah, berdosanya saya sbb mencintai ibu bapa lebih dari Mu. Saya masih cuba belajar untuk didik diri cintakan Allah melebihi semua perkara. 


YA ALLAH! JADIKAN PINTU2 SYURGA TERBUKA UTK KAMI, HATI2 MANUSIA TERASA SELESA TERHADAP KAMI, TIAP2 KEBAJIKAN DIGANDAKAN UTK KAMI, SETIAP KEBAIKAN DI DUNIA DIKURNIAKAN KPD KAMI, SEGALA NI'MAT DI SYURGA DIBERIKAN KEPADA KAMI, PADA SETIAP LANGKAH KAMI MALAIKAT BERDOA UTK KAMI, PADA SETIAP SOLAWAT KAMI ALLAH SWT MENGAMPUNKAN DOSA2 KAMI.
ameen ameen ya rabbal alamin

~Al- Fatihah~
:)
Je M'apelle Mussy
Assalamualaikum. 
peace!! tetiba pulak kan. dalam minggu ni banyak benda sedih jadi. tak tau kenapa tapi rasa macam dah give up nak teruskan. tak perlu la saya  mentionkan apa benda2 sedih yg jadi, tapi bila teringat pesan kawan saya yg semua berlaku sbb 
Allah dah tentukan untuk kita.

Ya, mungkin bukan ini yang terbaik untuk saya. Allah always knows the best. minggu ni jugak hati ni jadi kosong, sedih, layu je... saya pun tak tau kenapa. saya doa tetiap hari supaya percepatkanlah tempoh sy belajar dekat sini supaya sy blh lepaskan masalah tu pergi. Bila sedih2 macam ni rasa macam nak berlari balik kampung. tapi bila pikir balik, umur dah meningkat kan, kena berfikir dgn matang :)

Nak jadi saya yang baru, tapi yang lama still ada lg. tengah berusaha lawan benda2 syaitonnirrajim ni..
ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH 
bantulah saya, peganglah hati saya dan lindungi lah saya dalam jagaan mu, jgn biarkn sy tersasar jauh..
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN :D

*sy x paksa dia mengingati sy* :')