Je M'apelle Mussy

ok. semua dah terjawab
saya lega
saya suka
saya redha
ewah ewah ewah
tak apa
itu yg didoa setiap hari
terima kasih Allah
sekurang2 nya tak mengharap sangat
ALHAMDULILLAH

terima kasih sangat sangat :D
i am relieved now :)

Je M'apelle Mussy
ASSALAMMUALAIKUM
yarghhhhhh!!!! pagi ni nak menggila boleh?
TAK BOLEH??
eh, sukati la. I ni tuan tanah. 
eh, bukan sekarang tengah 'gila' ke??
oh. ye ke. ok ok. 
*sewel cakap sorang sorang*

kesah pulak??
ok lah. hari ni orang kurang siuman ( proper sikit ) 
nak merepek dan menyimpang.
kali ni tak ada motif pun.
saja saja je nak menaip sebab jari dah 'menjerit'
"woiiii. aku dah gatal ni. cepatlah pergi tekan keyboard"
eh eh boleh pulak? sah2 mereng dah ni :p

SAYA RINDU DAN SAYANG MEREKA MEREKA NI  :D
MOTIF?
saja nak cakap, jeles pulak? :p


Rindu mereka ni yang jauh beratus2 batu :')
tabahnya la membesarkan kami yang banyak kerenah.
sakit la. degil la. melawan la. macam2 la :p
'only parent know the true colour of their children's'
kalau depan orang lain
hentak, pijak lumat dengan kaki 
dekat encik semut. tak mati2 semut tu :p
tapi kalau depan mak ayah belum pijak lagi ni
semut tu dah mati :D

besarnye pengorbanan mereka hanya 

Allah yang mampu membalasnya

semoga mereka terus diberi kesihatan dan 

keberkatan hidup oleh Allah swt.

AMIN 





menangis, bergaduh, bertekak, masam muka. 
semua pernah
nama pun duduk 1 rumah kan.
terima kasih akak2 sebab jaga saya
bagi apa yang tak cukup, sediakan semua benda yang perlu
terima kasih adik sebab redha je dapat akak yang 'gila' ni :p





Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu. 

Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama.


bukan semua kawan boleh jadi teman,

bukan semua teman boleh jadi rakan,

bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT, 

hargailah mereka.


tazkirah hari ni. terima kasih ;)


kenapa saya tulis benda benda ni?
mungkin orang akan cakap
'eleh. poyo je post benda2 ni. ingat kitorang tak ada ke'
'nak menunjuk nunjuk la tu'
'apa apa la. benda ni pun nak bagitau'

sebenarnya ada cerita lain.
1 hari tu saya balik ke rumah akak, naik ktm. tetiba saya ternampak seorang makcik tua yang 
memang ketara uzurnya naik ktm sorang diri. 
saya rasa boleh dipanggil opah untuk mereka2 yang seusia saya.
bukan nak tunjuk baik tapi cuma berkongsi cerita.
dia nak ke SEREMBAN maybe nak balik rumah dia kot.
saya tolong pimpin dia naik tangga untuk ke seberang.
saya tanya. 
kenapa dia sorang je. mana anak ke. suami ke. cucu ke.
sekarang ni kan bahaya.
 tambah2 lagi orang yang tak berdaya macam dia kan.
Dia bagitau yang dia dari hospital. 
saya tanya. 'eh jauhnye' ( menyibuk pulakkan )
dia kata semua tu urusan anak dia.
ok la. diam je. tapi tiba2 dia cakap
'opah nak balik. tapi anak2 semua sibuk. tak ada masa nak hantar.'
ada lagi cerita yang tak best nak diceritakan.
sedih sangat dengar. 

bukan nak mengaibkan atau tunjuk diri baik. tapi ambik la iktibar yang baik baik je.
kadang kadang kita lupa asal usul kita, kita lupa pada orang orang yang jadi punca kejayaan kita.

Wahai kawan kawan, hargailah ibu bapa kita semasa mereka masih hidup. Kenanglah jasa mereka membesarkan kita. Luangkanlah masa sebelum Allah menjemput mereka kembali.

kenapa saya sayang mereka2 ni?
 Sebab mereka adalah sebahagian dari diri saya, pelengkap kehidupan saya. Kalau masa boleh diputar kembali dan saya dibenarkan memilih siapa yang akan jadi keluarga,sahabat dan kawan saya, saya akan tetap pilih mereka. 
I won't trade them for anything else.
for they are the reason for who i've become today.
 I love them.

ASSALAMMUALAIKUM :')










Je M'apelle Mussy


kadang kadang ada benda yang 
kita tak dapat nak bagitau pada orang lain
even pada mak & ayah
kawan rapat
adik beradik
dan mereka mereka yang kita kenal

ada benda yang nak dikongsi dan diceritakan pada diorang
tapi nanti hati cakap 
"kita akan malu sendiri"

kadang kadang jugak kita tak nak meraih simpati 
dari diorang pasal cerita kita

kita tunjuk muka happy tapi hati??

ALLAH kan Ada :)

Maaf kawan.
bukan itu caranya
bukan nak minta simpati
jauh sekali nak menepi

bukan tak percaya
tapi berdiam tu lebih baik dari bercakap 
benda yang tak sepatutnya
benda yang tak penting untuk kamu
sahabat :)

tak suka bila orang sayang kita atas 
sebab simpati dengan nasib diri

selagi tangan dan mulut still boleh ditadah
dan di buka
buat DOA padaNya 
itu lebih baik

kamu dah terlalu banyak membantu
sampai diri sendiri malu

MAAF SAHABAT 
:')



Je M'apelle Mussy
Dalam hidup ni tiada yang sempurna,

kadang kadang kita terlupa kita ni Allah yang cipta
kadang kadang kita terlupa kena patuhi ibu bapa
Kadang-kadang ada, 
Kadang-kadang tiada,
Kadang-kadang suka,
Kadang-kadang benci,
Kadang-kadang sayang,
Kadang-kadang cinta,
Kadang-kadang terlepas pandang,
Kadang-kadang leka,
Kadang-kadang terlalu mengharap,
Kadang-kadang tak boleh terima,
Kadang-kadang terlalu taksub,
Kadang-kadang merelakan,
Kadang-kadang patah hati,
Kadang-kadang kita terlalu gembira,
Sampai kita lupa satu hari nanti kita akan bersedih,
Kadang-kadang pudar semangat,
Kadang-kadang keyakinan tinggi,
Kadang-kadang kita ingat Dia,
Kadang-kadang kita lupa akanNya,
Kadang-kadang Kadang-kadang Kadang-kadang 
Kadang-kadang Kadang-kadang..

Semuanya kadang-kadang, semuanya sementara, 
It's complicated..
Senang kira,
manusia memang mudah lupa,
Lupa tuhan,
 lupa pemimpin sebenar,
Lupa keluarga, 
lupa the real orang yang disayangi,
Lupa nak beza kawan, rakan, sahabat dan musuh..

Apa boleh buat..Tahi kambing bulat-bulat.
Apa yang mampu dilakukan oleh manusia ialah....redha
Kembali kepadaNya
Kembali sujud dan sujud yang berterusan..
Take advantage, take it for granted..never
Peduli apa orang nak kata
Mereka bukan tahu hati kita
Mereka hanya tahu mengherdik
Setengah yang memahami, syukur ada yang masih mengerti

Sudah berapa kilometerkah kau berlari di muka dunia?
Jangan terus berlari, 
sekali sekala perlu menoleh kebelakang,
Jalan yang betul mesti dipilih,
Bangkit sendiri walau dijatuhkan oleh orang ramai,
Tak semua akan membantu,
Ingat.
Please remind myself again..
Tiada siapa yang akan membantu kecualiNya.

buanglah sikap kadang-kadang..

fikirlah perasaan orang..

lihatlah dulu keburukan yang ada dalam diri kita..

lagi berkata tentang orang...

keburukan sendiri akan terbuka jua akhirnya...


"maafkan saya "




Je M'apelle Mussy
ASSALAMMUALAIKUM kawan kawan :)
kali ni nak serius sikit la :)
sejak 2 3 menjak ni, ramai orang orang 
yang saya kenal update FB pasal pergi umrah

YA ALLAH. 
sumpah jeles sebab diorang dapat jejak kan kaki ke sana :')

bila agaknya giliran saya ye?
dapat ke saya pergi sebelum saya tutup mata?
dapat ke saya jejak kaki di makam dan masjid RASULULLAH?
dapat ke saya pandang KAABAH ALLAH dengan 2 biji mata saya secara berdepan?

entah la. saya tak tau.
korang tak tau.
takde siapa yang tau.
kecuali ALLAH :)

ustaz pernah cakap
"kalau kita rancang sehebat mana pun, terperinci macam mana sekalipun. kalau ALLAH cakap kita tak ada rezeki ke sana, 
takkan menjadi jugak"

YES!!!
 betul.
so, apa saya nak buat?
tunggu je ke?
berserah je. 
dah tak ada rezki, tak apa la.
macam tu ke?

tetiba, otak kata
"DOA KAN SENJATA MUKMIN"
YEPP!!!! 
saya, anda, dan mereka 
ada DOA :')

Kita ada 5 waktu dalam sehari untuk tadah tangan padaNya
kita ada 'senjata' untuk di'acu' pada DIA
kita ada waktu2 tertentu untuk mustajabnya doa kepadaNya


DIA MAHA MENDENGAR
DIA MAHA MENGETAHUI

DIA MAHA BIJAKSANA
DIA MAHA HEBAT




IN SHAA ALLAH. 
ADA REZEKI, ADA LA........
ASSALAMMUALAIKUM
:D  
Je M'apelle Mussy
Assalamualaikum kawang kawang ( ganu mari :D )

sehat dop? 

ALHAMDULILLAH. jaga diri baik2 naa. i jauh nak jagakan u all. 
( kehkehkeh, ini gediksss :p )

hey hey. nak cerita ni. nak tau dak? 

suka suki la. kalau nak tahu, baca. tak nak tahu. tutup ye :)

sy ada angan angan cinderella tau. cerita nya mula macam ni. 

1 hari tu, tengah duduk lepak lepak dengan kakak kakak saya yang senget2, hebat2 and comel2 (habis la deme perasan :p) 
tetiba saya ter'tanya' 1 soalan ni

Q : saya nak ambik degree kat mesir boleh tak?
A : boleh. siapa cakap tak boleh.
Q : eh, kome bagi ke?
A : pergi belajar kan. bukan pergi menggediks menggelitis. kalau pergi untuk benda lain memang la tak bagi.




waaaaaaaa...tengok tu. muka dah excited kuasa 2 dah tu. melompat2 lagi :)

tapi.......tetiba. mak timbul.

Q : amboiiiiii. x boleh jauh lagi nak pergi. nanti menangis la, rindu la. and bla bla bla bla bla
A : orang dah besar la mak. dah tua dah pun. In Shaa Allah. semua akan OK :) ( ewahhh, berlagak x hingat)

then akak sampuk

Q : boleh je. tapi belajar dulu betul2. dapat pointer bagus2. yang tu nanti kita pikir kemudian.

u see what i see?? i see the GREEN light. yahoooooo. yeahhh!!!!

tapi ramai tanya. kenapa MESIR? kenapa idak AUSTRALIA ke? UK ke? (haiii, lg laaa jauh :p)


orang cakap 
'eh, tau tak mesir tu banyak konflik'
'bahaya la mesir tu, tak selamat'
'eh, kau mana ada basic arab. boleh ke survive kat sana' 

banyakkan alasan. kadang2 diri rasa down gila bila dengar orang cakap macam2.

mai sini saya bagitahu, kenapa saya pilih MESIR. haiii, dah macam explanation untuk bakal dot dot dot pulak :p


1. MESIR bumi para Anbiya' ( barakahnya menuntut ilmu kat bumi yg dah sebarkn ilmu seluruh dunia )

2. bumi nabi MUSA As, (sungai NIL, laut MERAH) sejarah Firaun yang kufur, adanya madrasah Imam Syafie,

3. negara yang paling banyak disebut dalam kitab2 agama

4. hebat dalam bidang keilmuan.

5. last sekali. sebab mudah untuk ke rumah Allah. sy selalu dengar cerita org2 yg sy kenal yg belajar kat mesir. waktu cuti sem diorang, kalau diorang tak balik rumah, diorang pergi mekah untuk buat umrah. sebabnya kos lg murah dan perjalanan x makan masa yg lama sangat. :) 

tapi, tujuan yang betul, memang untuk tuntut ilmu. itu pun kalau ada rezki, tapi kalau ada benda2 yang menghalang, itu ikut situasi la. nama pun merancang kan. lagi pun kita kan manusia. Allah yang tentukan semua benda. yang boleh kita buat. cuma doa bebanyak supaya angan2 ni jadi kenyataan. In Shaa Allah, niat baik kan :D

semoga semua nya akan jadi seperti yang dirancang.
tolong kawan kawan. 
doakan untuk saya. 
amin kan beramai ramai ye. 
Ameeennnn :)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

Tidak rugi kita mendoakan seseorang tanpa pengetahuannya, kerana doa kebaikan itu juga akan kembali kepada kita.


jom doa reramai >.<

Assalammualaikum. 


Je M'apelle Mussy


Alhamdulillah. Masih bernafas lagi.
 

Hari yang penat dan moody.
 

Semua benda rasa tak betul. Rasa moody semacam ja. Agak-agak nak cari pasal, tolong jangan masa ni ya. Siap laa hangpa. Huhu. 

Sepanjang hari ni, banyak juga benda yang ditempuh.
 

Maniskah? Pahitkah? Alhamdulillah, semua yang dilalui atas izin Allah semuanya. 

Tak pa. Tak pa.
 

Senyum. 

BAIK.

Sebut je 'baik', rasanya semua dah jelas tau apa itu baik. Dan rasanya kebanyakan kita nak yang baik-baik dalam hidup. Nak rumah yang baik, 
kereta yang baik, 
pasangan yg baik,
 keluarga yang baik,
 dan semua yang baik-baiklah!

Diri sendiri macam mana pula? Ehhh?


Tak nak ke jadi yang terbaik? 
Menjadi diri sendiri yang terbaik?
 Menjadi hamba Allah yang terbaik? 
Menjadi pengikut Rasulullah yang terbaik?
 Menjadi anak yang terbaik? 
Menjadi sahabat yang terbaik? 
Semua yang baik-baiklah!

Jawab hati 
 "Hmm. Saya memang nak jadi baik. Nak jadi terbaik some more. Tapi payahlah...," *garu-garu kepala*

Apa yang payahnya?

Jawab hati lagi  
"Hari ni saya dah berazam nak jadi baik. Treng teng teng, petang nanti saya buat jahat lagi. Eh tak sampai petang pun, pagi tu pun saya dah buat jahat dah. Saya mengumpat orang, saya fikir buruk pasal orang, ehh banyaklah benda jahat saya buat. Malu nak cakap,"

Pastu?

"Jadi, saya rasa tak mampu la jadi baik ni. Memang la saya nak jadi baik, tapi saya rasa saya tak kuat la. Saya tak mampu. Saya memang ditakdirkan untuk jadi manusia jahat, kot? "

Ehh?ehhhhhhhhhh 
Boleh pulak?
 Lepas tu nak serahkan pada takdir yang kononnya sudah tertakdir kamu jadi jahat?

"Hmm. Ye la kot. Dah saya ni memang jahat. Nak buat macam mana. Hari ni kata nak buat baik, nak jadi baik-baik, tapi end up buat jahat jugak. So, saya redho je lah. Iye dak?,"

'mereka' ingatkan sy tntg masa jht sy, hah. 'Bangga' sangat bila ada org yg blh reversekn utk kita masa2 yg dah lepas. 

Betul! sy tak baik. tp manusia blh berubah. dia jahat mcm mna pun hari ni, mana tau esok Allah bg hidayah, dia totally changed 360 degrees jd baik. 
Hidayah tu Allah punya. 
bukan Manusia!!!

"I do sins.I'm human. I won't promise to be better than others,i'll try my best to be better than i was and a better woman for all :')"


Allah ada


Sedih sekejap ja. Lepas tu dah boleh senyum sampai ke telinga. 



Yeah. Senyum. Senyum suam-suam kuku. Heeeee



Manusia yang tidak suka kita berubah ke arah kebaikan akan sentiasa mengingatkan kita kepada masa lalu kita. Mereka tidak akan pernah mengaku kalah. 
Ambillah semua itu sebagai mehnah dan cabaran untuk meniti kehidupan yang akan datang bersama redha Ilahi serta sunnatullah yang telah ditetapkan oleh-Nya.


Mohon 'Doktor Hati' a.k.a Allah SWT jaga hati kita juga ya. 


Senyum :))