Je M'apelle Mussy



assalamualaikum kawan2 :) pepagi buta mata tak nak tutup, so sy rasa mcm tangan ni gatal nak menulis :D

entri kali ni nak cerita sikit pasal saya la, bagi tau tajuk siap2, so kalau tak nak baca, jgn teruskan :)

ramai orang yang jumpa saya for the first time, akan tanya macam ni pada adik sy
" kenapa akak ain tu sombong sangat?" "akak ain tu garang la, takut nak tegur" "siti (org yg bru knal suka pnggil nma depan) tu pendiam sangat, segan nak cakap dengan dia"
weyyyy..adoiyaii, bnyaknye perception org pd diri sy ni :( sampai sy pun rasa dah tak nak tunjuk muka pada orang yang bertandang ke rumah ( sebab rumah kami selalu dikunjungi anak angkat dari macam2 jenis ipta & ipts) untuk buat program homestay :p

so, untuk lg jelas, faham dan terang ( ambik kau) bak sini sy ceritakan sikit pasal diri sy yg org hanya menilai dari luar je :0 ngeh ngeh ngeh ( ayat baru yg suka sy guna )

sy tak tau kenapa sy ni pendiam or tak cepat mesra dengan orang yang baru sy kenal, sebab sepenilaian sy :p akak2 n adik sy mmg bnyk mulut, sy tak pasti kenapa sy pendiam, maybe sebab waktu mak saya pregnantkan sy dulu dia x brcakap kot ( aci pulakkan salah kan mak )

tapi kalau org yg dh kenal sy lama n dah rapat dgn sy, gerenti diorang akan tanya orang tu blk mcm ni
"hah?? musliha pendiam??" "ye ke??tak kenal dia lg, nnt klau kenal mesti ko pening"
itu respon yg selalu kwn2 rapat sy bg bila ada org tnye sy ni pendiam ke, x bnyak ckp ke

okey, orang selalu cakap, first impression itu sangat penting kan! maksudnya, first impression memberi kesan kepada orang lain untuk mengenali siapa kita sebenarnya. isn't it? once orang tu nilai kita baik, then, dia mesti nak berkawan dengan kita. and selalunya, first impression orang terhadap seseorang mesti lain dari sifat sebenar kan? err.. macam saya, kalau first time jumpa, tengok atas bawah, telek muka itu ini. mesti mereka akan klasifikan saya sebagai seorang pendiam. mana taknya, saya memang seorang pendiam di awal perkenalan. ceh! but then, bila asyik mendiamkan diri, mereka fikir saya sombong. OH TIDAK !!! SAYA TAK SOMBONG. SAYA CUMA PEMALU !!! yeah~ pemalu.

SAYA TAK SOMBONG, buat ape nak sombong sebab sy pun menumpang kat bumi tuhan, beratapkan langit yg Allah buat, bernafas guna oksigen n udara yg Allah bg, cuma nmpak sy sombong bila sy tak tegur org yg sy baru kenal. itu je, dengan lain jantina sy memang pendiam sikit, harap maklum :D


sy memang bkn jenis peramah untuk org yg baru sy jumpa, sy jenis yg tgk dulu cara org tu mcm mna, kalau dia blh 1 kepala ke tak dengan sy, then, dh dpt detect bru la sy pot pet pot pet dgn dia, kdg2 tu bila sy jadi trlalu ramah, org pulak jd segan, semua serba tak kena...adoiiii ponat den :p

 saya memang seorang yang pemalu. wee~ tapi bila dah kenal, pergghhhh! first impression tu memang jauh panggang dari api. so, kat sini saya nak tekankan. awak awak dan awak semua, SAYA TAK SOMBONG tau!  and, first impression tu tak semestinya betul. jangan pernah nilai seseorang selagi kita tak kenal siapa dia sebenarnya. so, setakat ini saja. terim kasih sudi baca. sekian.

 


Jazakumullahu khairan kathira
Je M'apelle Mussy

Jika wanita cantik yang kau cari, 

bukan aku orangnya.. 
Jika wanita solehah yang kau inginkan, 

bukan aku orangnya..
Jika wanita ayu yang kau dambakan, 

bukan aku orangnya.. 
Jika wanita kaya yang kau angankan, 

bukan aku orangnya.. 
Jika wanita bertudung labuh yang kau idamkan, 

juga bukan aku orangnya.. 
Tetapi jika kau mencari wanita yang hendak dibimbing, 

akulah orangnya...

p/s: Sekali-sekala melayan perasaan itu logik. 
Siapalah kita untuk membelakangkan fitrah yang memang telah Allah tetapkan pada setiap hati...


sebab saya masih tak sempurna :D
* trima kasih :p