Je M'apelle Mussy
Aset Yang Sangat Bernilai Untuk Mendoakan Kita Setelah Mati


Ada lagi kes buang bayi ni...ingatkan dah habis...tetiba idea ni ter"popped out" 
dari kepala bernas saya hari ni..ececece :)

saya pun tak faham la golongan-golongan yang suka membuang anak ni...
senang sangat diorang ni melahirkan anak sampai boleh buang
macam-macam tu je...tak pernah fikir ke???
kalau tak nak letak la depan rumah kebajikan ke, anak-anak yatim ke..
ini dah la yang kalau buat maksiat tu, dah terang-terang buat dosa besar,
lepas tu bunuh pulak anak yang tak berdosa tu..tambah extraa lagi satu dosa besar lagi

ish ish ish...orang yang beria nak anak tu, punya la berusaha bermacam-macam
cara nak dapat anak, tapi yang senang-senang dapat ni buang macam tu je...
tak ada perasaan betul..kucing pun sayang anak..tak percaya ke????
ini buktinya...kan dia sayang anak dia tu.. :)
alalalalalalala....comelnyee :)

itu la..buat benda tak berfikir..nak cari jalan singkat, budak-budak comel tu jadi mangsa..
tak kesian ke kalau tengok muka-muka comel macam ni???







ish ish ish...kan comel tu...sanggup ke buang???fikir-fikir la wahai teman-teman :)

Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.....

selamat membaca :)
assalammualaikum................



Je M'apelle Mussy
Kenapa Allah Berikan Kita Rasa Kecewa????
Assalamualaikum..... :)

KECEWA KERANA CINTA????
............................................................................................................................................

Dah lama saya nak update blog ni, tapi takde idea langsung
nak tulis tentang apa...tapi selepas bersembang dengan 
seorang kawan rapat di muka buku, saya teringin nak menyuarakan pendapat saya
untuk sahabat saya yang saya sayanggggg ni (hehehehe) ;)

kami kenal ketika saya mendaftar diri di kolej tempat kami menuntut ilmu sekarang,
alhamdulillah....sudah tamat semester ke 2 proses pembelajaran di situ..
dalam tempoh itu juga, saya mengikuti kisah hidup dan personal life ( cinta ) dia. Bila bercakap
tentang cinta, saya selalu berundur satu langkah ke belakang. jujurnya saya sangat
kolot bila berbicara tentang cinta. ;)
she love to sharing about her love and her life stories with me and other roomates

tapi tiba-tiba 1 hari kitorang di kejutkan dengan ayat dia "AKU DAH PUTUS LA DENGAN DIA"
mulanya saya terdiam and tak percaya sebab dia ni suka
cakap main-main.. so,bila dia tunjuk muka yang bukan main-main
then, saya dan roomate yang lain pun percaya...saya agak lambat mendapat
info ini kerana suka balik rumah bila cuti hujung minggu....kihkihkihkih 
(nak buat macam mana, homesick :( )

sejak hari tu teman saya yang suka ketawa, suka bercerita, suka buat lawak ni....
exchange rapidly to someone yang asyik menangis, pendiam, nak bercakap pun
macam tak bersemangat, sampai nak baca buku pun dah takde minat...
sejak hari tu jugak la, saya rasa sunyi sebab saya dah takde tempat nak buat lawak
kadang-kadang dia menangis pagi-pagi, tengok balik gambar,mesej ex-BF dia
and everything that can make she remember about her BF..
trlalu bnyak kali usaha saya untuk memberi nasihat..tapiiii feedback yang sering saya dapat

"kau mana tahu, kau tak rasa"
oh, terasa sedikit kurang normal ya jika tidak pernah bercinta. (TT)

"aku tak boleh la, dia ni lain"
saya senyum :)


jujurnya, saya dulu pun pernah cuba untuk merasa best ke bercinta???..hahahaha..ada hati jugak rupanya :)
 tapi tak menjadi, sebab apa???
sebab saya hanya pandang orang tu dan kami hanya kawan sahaja..
amat malu bila main tepuk amai-amai seorang diri sahaja..kahkahkah
lepas dari peristiwa yang memalukan itu..terus saya tak ingin lagi mencuba untuk bercinta.

saya penat melihat mereka yang bercinta menangis, meratap hiba, risau tentang pasangan mereka, bergaduh
dan penyelesaiannya airmata...penatnyaaaaaaaaa...sometimes im wondering,
"diorang ni tak penat ke" "kesiannya"

satu yang saya belajar dari motivasi yang pernah saya hadiri satu ketika dulu
"CINTA ALLAH ITU LETAKNYA DI HATI,
dan
CINTA MANUSIA ITU LETAKNYA DI TANGAN"
saya juga sedang berusaha untuk memperkuatkan cinta ILLAHI di hati....


sebab bila hilangnya cinta manusia itu, mudah untuk kita membuka tangan dan
melepaskan dia 'pergi'
memang mudah bila berkata-kata, tapi jika kita berusaha...
INSYAALLAH, tiada yang mustahil ;)

Sekuat mana kita setia.sehebat mana kita merancang.selama mana kita menunggu.sekeras mana kita bersabar.sejujur mana kita menerima dirinya. 

Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,Kita tidak akan bersama dengannya.Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. Dan yang sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T 


buat teman yang saya sayangi..jangan terlalu cepat jatuh apabila hilangnya sayang dari mereka
yang kamu kasih..sebab masih banyak lagi sayang dari orang lain untuk kamu dalam hidup ini :)
saya salah seorang darinya :) hargailah mereka yang masih menyayangi kamu :)

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."

jazakum Allah khayr kerana sudi membaca ^^