Je M'apelle Mussy



Assalammualaikum semua
Tadi terbaca 1 buku motivasi.
Tertarik dengan 1 cerita ni J
Saya nak shared dengan korang2 la 

TAKDIR SEORANG IBU


Sewaktu aku bekerja di sebuah kawasan perindustrian, keadaan kampung ini sangat tenang dan mendamaikan. Namun, keadaan kampung yang damai ini tidak semestinya menggambarkan damainya hati penduduk di sini. Sering kali aku lihat seorang ibu tua berehat di luar rumah. Bila aku terserempak dengan ibu tua itu, aku sering menegur dan bercakap dengannya.
Aku anggap dia sebagai ibuku sendiri. Riak mukanya aku Nampak sebagai ibu tua yang rindukan sesuatu dan selalu bersedih. Aku sebenarnya tidak berminat mencungkil rahsia orang. Biarlah ibu tua dengan pengalaman hidup yang tebal menyelesaikan dan menangani permasalahannya sendiri. Aku bukannya pakar psikologi yang layak memberi nasihat.
Rupanya ibu tua itu mempunyai seorang anak. Anaknya berkerja di Bandar dan jarang pulang ke rumah. Anaknya terlalu sibuk. Benar, ada kiriman wang yang diberikan setiap bulan. Makan pakainya cukup disediakan oleh anaknya. Jika dilihat dan dinilai dari pandangan mata, sudah tentu ramai orang akan berkata “sejuk perut ibu mengandung” “bertuah kau ada anak seperti ini”
Tapi itu hanya dimata, tapi di hati wanita tua itu tiada siapa tahu hinggalah satu hari tanpa sedar wanita tua itu mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia merindui anaknya itu. Tapi apakan daya, dia harus memahami kesibukan yang dilalui oleh si anak. Sejak akhir2 ini juga, jarang telefonnya berdering dan suara anaknya jarang kedengaran  di telinga. Bila saya menyarankan untuk dia menelefon si anak, dia risau mengganggu ketenangan si anak ketika bekerja.

Malam itu juga, si ibu menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang anak yang dijaga dari sebesar dua jari tapak kakinya.

Sedih cerita ni, kesiannya mak dia. Tapi sekarang majority untuk warga tua memang begitu. Disebabkan dunia ni dah mula pesat dan maju membangun, semua orang berebut rebut mencari punca rezeki dan kadangkala lupa bertanya khabar orang tua mereka yang menunggu mereka telefon bertanya khabar. Bagi mereka wang, segala kelengkapan, makan, pakai sudah memadai untuk menggembirakan hati orang tua. Tapi bukan itu saja yang diperlukan warga tua.
Mereka nak kan kasih sayang anak anak
Mereka nak kan anak anak mempunyai masa untuk menjenguk mereka sebulan sekali pun cukuplah.
Mereka nak mendengar suara anak anak mereka sekurang2nya 2 hari sekali sudah memadai
Terasa sangat dengan diri sendiri lepas baca cerita ni. Saya juga belum mampu membahagiakan hati ibu bapa. Tapi nasib baik waktu ni cuti sem, boleh la temankan mak duduk kat rumah ni. Tahu mak boring tinggal sorang2. Takpe la tak dapat pegang or cari duit macam kawan2 lain buat waktu cuti sem, asalkan saya masih ada masa untuk bersama mereka, selagi mereka masih ada J

Di waktu ibu bapa sedang tidur, tatap wajahnya itu 5 minit saja, kita akan tahu bagaimana rasanya nanti bila wajah itu sudah tidak ada di situ.



Je M'apelle Mussy
assalammualaikum :)

saya dah gila cerita korea. OMG ottoke ottoke??

nak pergi korea boleh?

nakk cari jang seung geuk.

wahhhhh, suka dia.

alamak. apa nak jadi ni??

habis lahhh. tak boleh tak tengok muka dia. 

handsome bangatttttt :p

tak caya??

nah tengok ni 









lagi 1 Jung Yong Hwa







ok. ini lah jadinya bila dah takde benda nak bercotcet kat sini..

sabar je la ye.

harap sudi baca.

hahahahohohohhehehehehuhuhuhuhu

dadadadadada

nak tidur mimpi mereka :p

assalamualaikum
Je M'apelle Mussy


Assalamualaikum...

Ni entry aku copy paste je dari blog NI. Blog ni memang aku ikut perkembangan dia. Macam silent reader la jugak. Entry terbaru dia ni menarik so nak share dalam blog aku jugak.

Kak Di, mohon share entry akak ye!

Kisah 1:

Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap... hari.
Apa ada dalam fikiran melayu?
Sayang kucing?
Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."


Kisah 2:

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik.
Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England.
Apa ada dalam fikiran melayu?
Kedai buruk tapi duit banyak?
Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."


Kisah 3:

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu.
Dicari kontraktor melayu.
Apa dalam fikiran kontraktor melayu?
Sebut harga hanya 20 ribu katanya.
Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina, " Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."


Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar.

~renung2kan

Bila fikir2 balik, macam betul je apa yang KAK DI ni tulis dalam entry dia. Orang cina akan bantu sesama diorang, tapi orang kita yakni melayu akan hentam sesama sendiri. Cemburu khianat tu dah jadi makanan dah pun. Pantang tengok orang lain senang, mula nak mendengki, nak iri hati.. Sama jugak dengan kisah ketiga tu, Orang melayu, nak bina masjid @ surau pun berkira. Bila dapat kat bangsa lain, dorang tau je fikir bila bab2 tempat sembahyang ni. Lagi satu, bangsa lain nak bina rumah ibadat tak payah nak minta derma bagai, sebab bangsa dorang dermawan bila hal2 rumah ibadat ni. Tapi kita, orang melayu, orang Islam, bila nak bina masjid kena minta derma merata-rata padahal ramai je orang melayu, Islam yang kaya raya kan?

Nota Tangan: Just sharing my opinion. NO OFFENSE!



Je M'apelle Mussy


hai hai hai and assalammualaikum
pembaca budiman yang hensem dan cantik :)
waahhhhh. puji habis ni ;)

baru baru ni pergi supermarket dengan mak and ayah.
tetiba mak bersembang dengan sorang akak ni. 
cantik and muda la lagi.
almaklum la, mak memang cepat sgt dpt kawan 

citer punya citer rupanya akak tu ada diploma 
terkejut la jugak.
sebab apa????
sebabbbbbbnyaaaaaa akak tu kerja cuci toilet je kat situ

kitorang tanya la, kenapa tak mintak keje yang sesuai dengan kelayakan dia
dia cakap dia tak nak pilih keje, sebab sekarang ni susah.

ermmmm, betul jugak, zaman sekarang ni 
orang yang ada ijazah pun banyak tanam anggur kat rumah.
bagus jugak akak ni, sekurang2 nya dia tak melangut dekat rumah habiskan beras kan???

point dia dekat sini, nak cakap yang tak semestinya bila kita dah belajar tinggi, kita akan dapat jaminan satu hari nanti keje kita bagus2. 
tak semestinya orang yang belajar bisnes, akan gerenti jadi bussinessman,
tak semestinya orang yang selalu dapat dekan. confirm dapat keje.
apa2 pun, berbalik pada Allah, usaha dan tawakal.

tak semestinya cuci toilet tu keje yang kotor. 
itu pun antara keje yang terpuji apa. 
dia membersihkan toilet :)
kebersihan tu kan separuh dari iman :)
orang yang keje angkut sampah. 
cuba fikir, kalau diorang tak ada  
siapa yang nak bersihkan kawasan yang kotor kan??

so, kepada sesiapa yang rasa rendah diri sebab dapat kerja
tak setaraf dengan level belajar or dapat gaji yang ciput.
jangan la stress or rasa rendah diri. 
sebab bila kat depan Allah nanti, 
Dia tak tengok kita keje apa, 
Dia tak tengok gaji kita berapa untuk Dia redha dan bagi rahmatNya pada kita.
Dia tengok ikhlas dan tawaduknya kita menjalankan Amanah.
biarlah kerja tu tak se'gah' orang2 lain, 
asalkan ia kerja yang halal dan Allah redha :) :D

SELAMAT BEKERJA :D :D
jangan ponteng naaaa :)  


Je M'apelle Mussy
assalammualaikum and hai guys :)
rindu kat blog saya? ke rindu saya? :p

disebabkan dah lama tak ada semangat nak bercerita di sini,
saya bagi kebenaran untuk anda semua rindu saya,
hahahaha. bluuerrrrkkkkkk :p
INI SEMUA POYO!!!!!
kesah pulak???

disebabkan juga saya tidak diarahkan untuk membanting tulang bagi cuti sem kali ni
so, saya ambik keputusan balik kampung and duduk menyorok bawah ketiak mak 24 jam
eeeeeuuuuuuuuwwwwww. menyampahkan dengar?
it's ok. tak payah dengar pun. baca saja :)

so, saya sedang mencari aktiviti2 menarik untuk memenuhi masa2 merdeka saya dari segala macam buku, assignment and bla bla bla bla
( ewahh, ayat skema kau. hambik )

waktu cuti kali ni dengan berbesar hatinya saya ikut je ke mana mak and ayah keluar
rumah kenduri ke, rumah orang meninggal ke, keluar makan (ini wajib) and buat aktiviti2 kemasyarakatan yang lain2 la.
almaklum lah, sekarang kan waktu mengundi. nak ambik hati orang kampung (ada kena mngena ke pun :p)

benda lain yang saya buat duduk kat rumah, tengok cerita korea.
pehhhhhh, setiap hari kata kau saya tengok, sampai nak termuntah2 dah. layan je laaaa :)
secara tak langsung saya jadi anak mithali duduk rumah
nak tau kenapa??
sebab mak saya masak, saya tukang makan
yang macam ni bukan mithali, menyesal mak saya ada anak macam ni
haiiii emakkk, sabo je la ye. anggap ni semua cobaaaannnn

best dapat mengada ngada dengan mak.
hahahaha :p gedik nokkkk :p

ok lah, malas nak tulis lagi.
sy janji nanti setiap hari saya update entry baru ye.
dadadadadaada
assalammualaikum :D

Je M'apelle Mussy


Random

DON'T FIND A GOOD FRIEND , BE ONE !

DON'T BEG FOR A GOOD LISTENER , BE ONE !

DON'T WISH FOR A GOOD DAUGHTER / SON , BE ONE !

DON'T FIND A GOOD MUSLIM / MUSLIMAH , BE ONE !

DON'T HOPE A PERSON TO BE THE BEST FOR YOU , JUST , BE ONE !


As for all above ,InshaAllah Allah will give you the best . InshaAllah ,

You'll find a Loyal Friend , 

You'll have a Good listener by your side , 

You'll get amazing children , 

You'll marry a Good Muslim , 
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”
 (An-Nur 26)

You'll be living by having at least one person that always gives you the best :)

Je M'apelle Mussy
hari ni lepas balik dari jawab exam, rasa otak sangatlah ringan. tapi takut pulakkan nak tunggu result. well well well, itu la kehidupan org belajar kan. tak habis dgn risau nye. sebelum exam, risau pasal test, carry mark bagai lepas tu risau pasal soalan exam la, then last sekali risau pasal result pulak. ayoyoyoyo :p

tapi hari ni tangat terasa nak menekan nekan keyboard pulak. kihkih. actually tengah tengok muka buku tadi, saya terintip pulak wall sepupu saya and terbaca coretan dia. sedih sangat. macam boleh rasa je apa yang dia rasa. sedih, hiba, sunyi nye dia. nak baca tak? ok saya bagi baca ye :)


Diari Hasrat Yang Tidak 

"Iju ......"aku menunggu kata-kata seterus dari bibir lesu seorang ayah..Barangkali ayah ingin meluahkan sesuatu.."Bila iju nak habis belajar (Konvo)"kata ayah penuh pengharapan ,di suatu petang sewaktu aku berdua duduk dibirai katil tempat pembaringannya di Hospital..sambil itu aku mengurut-ngurut Tangannya..Lemah dan perlahan suara ayah sudah cukup menunjukkan deritanya ayah bertarung dengan kesakitan..Dengan 3 tebukan operation..Aku......sekadar diam seribu bahasa di sebelah ayah...Waktu itu aku baru sem keberapa ntah la...Aku pandang ayah... jauh ayah merenung ke hadapan...Ayah....sedihnya hati, andai aku tak mampu menunaikan permintaan Ayah....Tapi sejujurnya aku nak sangat ayah berada ketika aku Konvo nanti...Rasa seperti mempercepatkan dan di segerakan Konvo tu...Harapan ayah itu aku pendamkan begitu sahaja...Tidak ku khabarkan pada sesiapa .. Hanya aku dan ayah.....Aku kebimbangan sendirian...'Ya Allah berilah peluang untuk ayah melihat majlis tamat Konvokesyenku nanti...'Itu harapan aku....

Aku bukan anak bongsu ayah..tapi akulah yang masih belajar kerana sudah banyak jasa ayah untuk menghantar aku ke tempat pengajian dengan menaiki Perodua Kembara ayah tu..Dan aku sememangnya sangat berharap ayah masih di sisi saat diri aku di sarungkan jubah...Berharap ayah masih boleh mendengar dan melihat iju time konvo nanti..

Pada pagi 27 November 2010,ketika time cuti persekolahan...aku terhenyak, terduduk seketika..Telah sampai janjiNya.Allah mengambil kembali apa yang dipinjamkan kepada kami sekeluarga...

Ayah...akhirnya Ayah pergi...Pergi tanpa sempat melihat aku diserahkan Jubah Konvo dan sijil serta ayah xdpt belikan iju bunga mcm yg ada teddy bear mcm yg iju nak...Ayah pergi... , tenang sekali biar pun hasratnya tak pernah kesampaian..Berguguran airmata anak- anak ayah pagi itu...

Aku....sekeras-keras hati ini airmata tetap laju....Walaupun mungkin di antara puteri-puteri ayah akulah yang kelihatannya kurang menitiskan air mata barangkali...

Selepas ketiadaan ayah sering kata-katanya berlegar diingatan...terlalu sering..'Kepulangan' ayah telah mengubah sedikit watak seorang aku..Dari seorang yang sukar menitiskan airmata...aku mudah sebak dan terharu..

Menangis...???Berjenuh mata ini menangis..Kembali ke rumah baru,menjadikan aku begitu mudah tersentuh...dan rumah itu barangkali menjadi saksi..saksi ...betapa banyaknya air mata ini tertumpah di situ...terlalu bersedih...

Biar sedih bagaimana sekalipun ianya akan aku susup dari terlihat..Aku sekali-kali tak menunjukkan kesedihan dihadapan rakan, emak dan adik beradik...

Ah..kadang-kadang aku seperti seorang pelakon hebat...Yang berlakon seolah-olah bagaikan aku tidak apa-apa...Sedang Hakikatnya.. ...Hakikat disebaliknya ..aku sering bersedih sendirian... Aku sering....Bimbangkan apa yang bakal terjadi...tanpa ayah... 

Setiap kali teringatkan permintaan ayah yang tak mampu aku tunaikan hati teresak sendirian...Biarpun ianya telah hampir 3 tahun berlalu ...
sedetik aku  ingin mengenang insan yang menghadirkan aku ke dunia yang fana ini.. Sesungguhnya rindu aku  padanya tak pernah padam buat seseorang yang saya panggil Ayah.

Ayah...Mengenang ayah dalam watak lelaki yang begitu tegas..Ayah juga menjadi tempat rujukan penduduk setempat dan dihormati....Ayah jadi tempat jiran-jiran minta pandangan dan nasihat.Ayah memang selalu tolong orang...Meracun rumput2 dan sedih ble tgk ayah berkebun membersihkan belakang2 halaman dapur rumah hijau..Sebab tu rezeki Ayah murah..Rumah kami pula selalu didatangi orang jauh dan dekat..Adakalanya yang datang tu kami tak kenal pun.. ...Kadang-kadang orang datang minta ayah tolong masukkan anak mereka sekolah dan macam2 lagi.

Ayah...iju hormatkan ayah sebagai seorang ketua keluarga..Ayah..Ayah tegas kerana sayangkan kami lima beradik...Ayah nak kami jadi anak yang soleh dan solehahkan ayah..Dulu masa zaman remaja rasa macam ayah kongkong hidup iju...kemana2 pn ayah bwkkn..Tapi ayah..bila iju dah dewasa baru iju faham..dan iju sangat-sangat hargai cara didikan ayah pada kami adik beradik..Andai ayah tidak bertegas dalam mendidik kami mungkin kami tidak akan jadi seperti hari ini...

Ayah..Dalam ketegasan tapi jauh di sudut hati ayah ada sifat kelembutan seorang ayah...Kadang-kadang iju tumpang ketawa melihat ayah bergurau dan melawak dengan emak...memujuk mak..Ketika iju menginjak usia 13 tahun, melintas jalan pun masih dipimpin tangan oleh ayah..Ayah sangat penyayang pada anak-anaknya...cuma anak-anak jangan sesekali buat perkara yang tidak senonoh dan menimbulkan kemarahan ayah...

Ayah....hampir 3 tahun lebih ayah telah tinggalkan iju,emak, anak-anak dan cucu-cucu ayah...Sepanjang tempoh itu jugalah kami tak pernah lupa pesanan terakhir ayah di saat ayah terlantar tak berdaya dek kerana kegagalan bernafas...Apa pesanan ayah..??? Kata ayah, ayah tiada harta untuk ditinggalkan..tapi ayah berpesan kepada anak-anak ayah agar kami sentiasa hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah, InsyaAllah anak-anak ayah akan selamat dunia dan akhirat...dan bermuafakat sesama adik-beradik..Itu pesan ayah yang masih terdengar-dengar ditelinga iju...

Ayah...Saat ayah tinggalkan kami,iju telah melangsungkan ikatan pertunangan....Waktu itu iju rasa ijulah orang yang paling sedih...Cuma iju tak tunjukkan kesedihan itu bila dihadapan orang..ijulah puteri ayah yang ayah tak sempat walikan...iju sedih sangat ayah... Tapi iju tetap redha kerana itulah takdir iju dan takdir ayah...Ayah air mata iju dah mula bergenang saat ini ayah...Sedih , pilu , rindu, semua perasaan berbaur bercampur menjadi satu....setiap kali hari perayaan menjelang...

Ayah...Sempena Hari Raya AidilAdha ini iju doakan ayah berbahagia di Negeri Kekal Abadi bersama di kalangan para syahid dan wali-wali Allah...(sebenarnya setiap hari iju tetap mendoakan ayah)

Untuk memujuk ...ku bisikkan pada hati....Setiap yang berlaku telah berjalan mengikut aturanNya..walau apa pun aku masih ada emak yang banyak bersama aku dalam susah dan senang..Aku hanya hamba yang lemah..sangat kerdil di sisiNya untuk mengubah qada dan Qadar...Doakan iju disana ayah.. Iju sentiasa mendoakan untuk ayah...Amin.. Ayah..iju dah habis belajar..Doakan iju Berjaya...

~ mengenang AYAH setelah hampir 3 Tahun 'Kepulangannya' ~*Al-Fatihah* 

sedih kan. sedih bila dengar luahan hati orang yang dah kehilangan ayah or mak. memang kita boleh lupa tapi perlukan masa yang sangat lama. memang betul pakcik saya ni orang yang sangat baik, sangat penyayang. saya pun sayang sangat2 dengan dia. betullah kata orang, 'orang baik selalu pergi dulu'
pakcik kitorang sangat ambik berat dengan kebajikan anak2 buah dia. teringat lagi saya waktu sekolah rendah. boleh kata separuh kelengkapan sekolah dibeli oleh anjang dan isteri. dia suka bawak kitorang jalan2. dia tak pernah kecikkan hati kitorang, dia tak pernah pandang rendah pada kitorang macam orang lain. dia sentiasa support kitorang, bg kata2 semangat, bantu kitorang waktu susah. sangat baik sampai tak jumpa lagi mana2 manusia yg sentiasa menyokong dan menyayangi kami. hilangnya dia sangat terasa.

*tak sedar air mata pun mengalir masa tengah menaip blog. heee, terasa rindu yg teramat sangat*
Je M'apelle Mussy


Assalamualaikum...
Sejak dua menjak ni aku dah jadi pemalas sangat.

Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab aku ni memang pemalas. Buktinya blog ni lah. Lama sekali baru nak ber update. 

Tu pun bercerita tentang benda yang tak penting langsung!

Ya, mungkin aku sekarang dah nyanyuk. Eh eh bukan.
 Pelupa lebih tepat. 
Nyanyuk macam aku ni dah tua sangat gayanya.

Aku terlupa yang aku ada Facebook yang aku boleh up to date perihal kawan-kawan.
Aku terlupa yang aku ada Blog yang aku boleh cerita segala hal yang aku lalui seharian.
Aku lupa yang aku ada Twitter yang aku boleh bertwit dengan orang yang follow aku.
Aku lupa yang aku ada Youtube yang boleh buat aku tengok video-video terbaru.
Aku lupa yang aku ada Tumblr yang aku boleh copy paste ayat yang sedap-sedap.
Aku lupa yang aku ada YM yang aku boleh chat dengan orang yang langsung aku tak kenal.
TAPI....
Syukur Alhamdulillah aku tak lupa pada
Allah, tempat aku mohon segala-galanya.
Keluarga yang aku sayangi
Kawan-kawan yang selalu ada bila senang, susah, sedih, gembira, marah..
Ya, aku memang manusia pelupa, 
tapi dengan adanya Allah, Keluarga dan kawan-kawan, InsyaAllah, mereka tak akan benarkan aku leka!


Ya, aku seorang pelupa.