Je M'apelle Mussy

hati
hold my heart by ~Braq (devianart)
Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak? mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit. kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?
Mungkin boleh disamakan macam berperasaan. katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik. bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.
kecewa tak? mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?
Tarik nafas. sebut nama Allah sejenak. pejam mata.
Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa? orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?
Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.
Jadi ikhlas lah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu. Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keihklasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah. Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya. tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.
Ikhlaslah. Ikhlas itu melegakan! :)

credit to : akuislam :)

peringatan untuk diri sendiri :')
Je M'apelle Mussy
Assalamualaikum and hye korang *lelambai* 
excited ni nak update blog....
EXCITED!!!!  EXCITED!!! hehehe 

ok la, sy nak sambung unplanned activity kitorang yg hari tu punye, soooo.....


........................LET's BeGiN............................


*sambungan*
dalam pukul 0430 petang, tetiba wannur call untuk buat reminder, tetiba perkara yg sy dok pikiaq td meletop 
*pom* *pom* *pom* macam belon...

wannur : musliha sy dh otw ke hostel..tunggu ye...
       sy: ok, no problem ( intonasi waktu tu tak dapat dikenalpasti :p )


then, siap2 pakai tudung, tepek2 tepung setalam kat muka :p ( almaklum la x cerah kan ) sy duduk atas katil, tgk roomate online then sempat *termengata* orang lg tu ( Astaghfirullahalazim...nak buat kerja amal ni, sempat lg..maafkan sy ) then dpt mesej, wannur suruh turun bawah and sy puuuunnnn





................ cer teka sy buat ape lepas tu........................







agak2 nya saya turun tak???






ke saya ngelat cakap sakit perut???





...............................JaWaPaNnya.............................












........................................saya......................................





























--------------------PERGI-------------------





YEAY!!!!!!! padan muka syaitan tu kan, hasut2 lagi orang tak bagi pergi...nah, ambik dia sebijik..ni MAKAN dia :p



~Gedebuk~ -Gedebak- #Gedebek#




sambung balik, sambung balik......



dipendekkan cerita, kitorang pun sampai la dekat pejabat HALUAN area BANGI, sy first time datang sini and baru tahu kat sini semua badan2 charity berkumpul rupanya...







nampak tak CHARITY SHOPPE kat bawah yang kecik kenot tu??
sementara tunggu kawan wannur habis kerja, kitorang pergi la melawat kat situ..

rupa2 nya dalam kedai ni, sesetengah benda yang dijual datang dari sumbangan orang ramai..

ape? tak faham?

ok, mai sini la sy bg contoh..

contohnya BAJU, BUKU, NOVEL and sebagainya yang kita dah tak nak guna tapi masih dalam condition yang stabil di jual kat sini...



tapi saya nak perbetulkan kekeliruan ye... bukan yang kita JUAL kat kedai ni tapi kita BAGI FREE kat kedai ni and HASIL dari JUALAN barang kita tu, kita terbangkan ke negara2 yang mengalami masalah and memerlukan bantuan....



so, apa lagi..jom DERMA, baju2 yang kita rasa sesuai untuk adik2 kecik tapi kita takde adik, baju2 yang dah out to date ke, or barang2 yang cantik and unik tapi macam dah tak berguna pada kita, boleh la di sedekahkan dengan seikhlas hati dekat kedai ni :)



so, dah selesai tunggu kawan Wannur, kami punya lokasi hari tu di KTM UKM..dah selesai dapat pelepasan, dah dapat kotak untuk letakkan sumbangan, dapat permission dari pihak KTM, kami pun berdiri la tunggu orang datang bagi donation...

memang betul cakap orang.. NIAT BAIK ALLAH PERMUDAHKAN...

ALHAMDULILLAH, hari tu kitorang dapat jugak la kutipan yang memberansangkan even kitorang pun tak tau exact amount yg dtg dari kutipan kami berdua...bermacam ragam manusia kat dunia ni..sebab tu dunia ni meriah kan :)

overall conclusion yg boleh sy dapat dari activity ni

masyarakat kita masih terlalu ramai yang teramat dan tersangatlah prihatin terhadap kesusahan rakyat dinegara yang tidak bernasib baik seperti PALESTIN...


and malam tu, balik2 memang badan penat sangat tapi sangat la berbaloi-baloi :D


then perkara yang paling best hari tu bila wannur mesej kutipan yang kitorang perolehi dari semua tempat dalam 1 hari je mencecah RM800++ (8 ratus tau bukan ribu )



ALHAMDULILLAH, kami tersenyum je sepanjang waktu kutipan dijalankan..


TERIMA KASIH kepada yang menderma..ALLAH membalas segala2 nya..

jazakillahu khairan kathira 

Je M'apelle Mussy
Assalamualaikum kawan kawan, ok...kali ni nak cerita sikit pasal activity kitorang khamis lepas :) cerita ni bukan nak tunjuk kitorang baik tau tp cuma nak share je :) sharing is caring right?? so, ambik la iktibar sikit dari cerita ni ye..x bnyak pun, sikit je jadi la :)

.........................ok, cerita nye macam ni...............................

1 malam yang dingin ( kihkihkih ) ok2 serious
 

ok, saya cerita balik, kali ni real punya..satu malam tu tengah kemas2 katil, tepuk2 bantal sikit tetiba ada terdengar bunyi handphone yang 'klasik' sangat bunyi nye, semua orang 1 bilik tu cari sape punya phone tu ( termasuk jugak la tuan punya phone itu sendiri :p ) rupa2 nya phone saya, hilang ingatan sekejap sbb bunyinye sumpah tak best langsung..ringtone sy dah hilang..uwwwwaaaaaaaa :'( ok, berhenti cerita pasal phone, then sy angkat..rupa2nye wan nur call..

nur : ( nada gelabah @ tergesa2 ) salam musliha, esok awak free tak ptg??

sy  : ( dlm keadaan blur ) ermmm..freeeeeee..kenapa??

nur : mcm ni esok HALUAN ada nak buat 1 kutipan untuk tlg mangsa Palestin..Musliha kan suka buat        benda2 charity ni, so, musliha nak temankan kita takkkk???

sy   : ok wannur..set....goooooo....( tanpa fikir panjang, dlm hati waktu tu bersemangat gila nak tlg mcm ombak tsunami..besar gila kan semangat waktu tu )

then, perbualan kami
................................THE END.......................................

esok, buat rutin harian macam biasa. pegi kelas, blk kelas, tidur sekejap, solat, mandi semua, then start dari sini hati and semangat sy DOWN gileeeee...sampai sy terdetik nak telefon wannur and cakap "nur, sy macam mlas la nak pergi" tapi sy kuatkan semangat, sy pujuk hati sy, sy ckp dengan diri sy ' saya tak mampu  nak pergi PALESTIN, sy tak pernah buktikan ape2 pun tanda syg sy pada Allah, Rasul, and SAUDARA SEISLAM sy..sy kena buktikan sy syg mereka n sy syg tanah suci tu, setakat doa mmg mudah, bila lg sy nk rasa pengalaman macam ni' sy ckp banyak kali dgn diri saya untuk pujuk n gagahkan jugak diri ni pergi temankan wannur. tambah kuatkan lagi semangat sy waktu tu bila sy fikir, apa perasaan sy kalau budak secomel sara, raisya, mira di baling bom, berdarah, menangis, and tak bernyawa lg??





 apa perasaan sy kalau budak seceloteh iman, amca, adam tiada ibu ayah tempat bergantung..apa perasaan saya kalau semua orang yg sy syg dibom, tak sempat mintak ampun, x blh berkumpul sama2 n hilang macam tu je..kalau ALLAH tak berkenan sekejap je dia terbalikkan bencana tu pada kita kan..


..................................jumpa Allah kejap..............................

nanti sambung lagi ye..daaaaa...assalamualaikum :)
Je M'apelle Mussy
Assalamualaikum and morningggggg world!!!! sem kali ni 2 hari tak ada kelas pagi...yahoooooo!!!! tak penting pun sebenarnya..saja nak mengarut :p so, boleh saya nak pot pet pot pet dekat sini.. yabedabeduuuuuu :D ( apesal seronok semacam ni ) entah..abaikan :p

kali ni dah start sem baru and hanya tinggal 2 sem je lagi kat sini..ishhhhh tak sabar tak sabar!!! habis je belajar ada plan lain yang sedang dirancang dalam diam2..mintak2 menjadi la..AMIN..tolong aminkan sekali ye :) 

we are back together in the same room..yahooo!!! nak cakap tu je pepagi morning ni :p sangat la best sebab dah duduk, makan, tidur, bergosip, ( tapi kami tak mandi sekali ye ) bersama lah sama* ikut rentak lagu upin ipin* ;D


happy tak terkata kata..hidup kami bahagia sekali..sooo kita enjoy!!!! 

************

geng 1 kelas yang gila2..yg ni malas nak bagitau sebab bendanya sama je..teka la..cepat teka, agak2 saya nak bagitau apa??

kami tak sama kelas??


............................NO..................................


kami gaduh???


..................of course NOT!!!!!.....................



kami still sekelas..yeay!!!! excited tak?? excited tak???


ape???? TAK?????

fine, nak bla dulu..bye...





tapi nak cakap jugak.....................................


ASSALAMUALAIKUM KAWAN :)
Je M'apelle Mussy
hai..hoi..hei...opppssss..silap2 as a muslim i should begin with ASSALAMUALAIKUM readers :) ( kalau ada la ) lameeeeenyeee x publish post baru, so atas permintaan ramai saya buat la yg baru..baik punya....hahahahaha, ( ok..ini perasan ;p ) 

*ok lets be serious*

now kita dah masuk tahun baru hijrah and semua orang dah tahu tu :) ramai orang cakap waktu ni la semua buku amalan kita yang lama ditutup dan dihantar pada Allah and digantikan dengan buku amalan yang baru. Banyak sangat sebenarnya azam tahun baru saya yang tak pernah langsung menjadi, nak buat macam mana..saya ni mudah lupa, baran, degil and macam2 lagi la..so, untuk tahun baru kali ni saya doa sangat yang semua azam saya akan terus jadi habit saya sampai bila2...AMINNNNN

1) reading Al-quran is a must!!!! ( every single day )
2) be a good daie'
3) have a peace in heart
4) usrah class every week ( trying )
5) excel in friendship ;)
6) be a good daughters that my parents ever had :)
7) NO love until AKAD :D
8) have a good pointer in exam
9) true muslimah for Ad-Din
10 ) never skip SOLAT :)

listing mmg senang, nak buat tu mencabar jugak la :p ape2 pun kalau mintak pertolongan Allah, insyaAllah berjaya..bak kata orang..NIAT BAIK ALLAH PERMUDAHKAN..so, guys..wish me luck :)

ASSALAMUALAIKUM :) 

  
Je M'apelle Mussy
I’m a Muslim. I’m proud to be a Muslim. I’m proud of my Prophet (pbuh) and I will respect his tradition, honour his person, and fight for what he stood for. So my weapons are words, not guns or bombs. That’s my choice.


kenapa perlu hina Nabi kami?
kenapa memperkotak-katikkan Nabi kami?
mungkin mereka semua tak tahu apa yang Rasul kami buat dan korbankan untuk bawa agama Islam pada kami
mungkin mereka tak mengkaji apa yang Rasul kami beri dan perjuangkan untuk pimpin kami menjadi seorang Hamba Allah yang diredhai dan disayangi olehNya.

Nabi kami sanggup korbankan semua hartanya untuk kami
Nabi kami sanggup tak makan untuk kami
Nabi kami sanggup dipulaukan oleh keluarga dan kaumnya sendiri kerana kami
Nabi kami sanggup keluar dari tanah kelahirannya sendiri untuk kami
Nabi kami sanggup tumpahkan darahnya sendiri untuk kami
Nabi kami ingat kami ketika di hujung nyawa Baginda
Nabi kami sering ingat kami dalam doanya


Baginda tak pernah lupa umatnya
Ya, umatnya terkadang leka dan alpa dalam mengingatinya  


Nabi berperang sehingga mengalir darahnya di dahi :'(
Apa yang saya balas sebagai umatnya??
tak ada apa. Ya Allah, jahilnya saya T.T
Apa yang saya lakukan ketika mereka menghinanya?
Tak ada apa. Ya Allah, dosanya saya :'(



Baginda kelihatan tersangat letih. Dengan darah yang menjadi warna tubuhnya ketika itu. Luka-luka menghiasi diri. Di sisinya Zaid bin Harithah berusaha memberikan yang terbaik kepada tubuh suci itu, tanpa menghiraukan dirinya yang turut luka-luka hasil jamahan batu-batu dari penduduk Ta’if.
Ketika itulah baginda berdoa kepada Allah SWT. Menyatakan akan usahanya, dan memohon ampun jika ini semua berlaku kerana kelemahannya. Menyatakan betapa lemahnya baginda, dan kepadaNya sahaja tempat baginda mampu bergantung harap.
Meruntun dunia mendengar doa itu, hingga malaikat turun memberikan tawaran. Jika mahu, gunung di Ta’if itu akan diangkat lalu dengannya Kaum di Ta’if itu dihancurkan. Namun di tengah luka dan kepedihan, di tengah kesedihan dan ketidak upayaan, Rasulullah SAW aku itu berkata:
“Jangan, moga daripada mereka, akan lahir orang-orang yang beriman kepadaNya.”
Aku yang tidak berada di sana, namun berdiri di tempat itu dengan dihubungkan helaian-helaian Sirah itu pada hujung jemariku, menangis.
Inilah Muhammad SAW yang dibenci itu.
Mengapa ini tidak diceritakan di dalam cerita mereka itu?
Mengapa ini tidak dicontohi oleh mereka yang mahu mempertahankan baginda itu?
Baginda ketika itu dalam saat yang genting. Manusia-manusia rakus dari kumpulan kaafir Quraisy sedang berlumba untuk menamatkan nyawa baginda. Barisan tentera Muslimin di Medan Uhud yang hancur akibat ketidak patuhan sebahagian tentera, membuatkan tentera-tentera musuh berjaya menerobos ke benteng terakhir. Semua dahagakan darah baginda.
Yang ada di sisi baginda pada saat cemas itu hanyalah Sa’ad bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah. Mempertahankan Rasulullah SAW dengan segala kemampuan yang mereka ada, sebelum para sahabat yang lain tiba.
Ketika itu Ibn Qami’ah dari pasukan lawan berjaya menerobos dan melandaskan pukulan. Bahu baginda menjadi mangsa, dan kemudiannya pipi baginda. Hingga tali pengikat keledar besi yang dipakai baginda, terperusuk masuk ke pipi baginda. Beberapa batang gigi baginda patah, dan mengalirlah kemudiannya darah. Hingga baginda menakung dengan tangan suci baginda darah itu.
Saat ini, apa yang keluar daripada mulut baginda?
“Wahai Tuhanku, ampunkanlah kaumku itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Dan bersegeralah Abu Ubaidah yang telah sampai berusaha mencabut tali pengikat keledar itu, hingga giginya pula yang tercabut. Datang pula Abu Talhah, Abdurrahman bin Auf dan Abu Bakr mempertahankan baginda dan memukul musuh agar meninggalkan kawasan itu.
Suasana itu sangat mengharukan. Aku tidak berada di sana. Namun aku seakan wujud di sana. Bergetar hati ini ‘melihat’ suasana itu.
Mengapa ini tidak pula diceritakan?
Dan mengapa sikap itu tidak pula menjadi contohan?

 

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku 
Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..


jazakallahu khairan kathira