Je M'apelle Mussy
SELAMAT HARIJADI AYAH!!!!!!!


today is Friday, as we know it appear after Thursday and
 exist before Saturday
ooopsss. dah mengarut mengarut dah ni.
oh hai awak awak yang sedang membaca 
sambil mata di skrin dan tangan di keyboard.
haaaa. betul tak? betul tak?
macam mana saya tahu?
well well well. im watching you!!!!!
jaga jaga ada yang memerhati :p

disebabkan hari ni ramai bebenor la orang
 'mengepost' pasal hari wanita
so. me, as a "girl" wanna change it and post about 
my men, my hero, my protector :p 
TARAAAAAAAAAAA!!!! 
hey everyone, meet my parent :D
*please shake hands with them. ( in your dreams) hahaha*


ok. itu sekadar pendahuluan. di bawah ini pula adalah satu cerita yang ingin saya kongsikan.





APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG 

AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan 

keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita,

 sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk 

menelefon kita?
yang ini saya setuju 150%, bila mak telefon, akan 
dengar suara belakang tabir 'tanya dia sihat ke?' '
tengah buat apa?' asal tak tanya sendiri? malu ye? 
haha. kantoii. 


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung

 kita.Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah 

pulang 

bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu 

menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak

 "sudah diberitahu! jangan minum ais!"

 tapi nanti saya akan jawab macam ni. 

'eh. ubat ni'

 hai, melawan lagi 

tu :p 
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??



Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar 

malam. 

Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!". waktu 

remaja juga, teringin sangat nak bawa motor sendiri 

pergi sekolah. setiap saat, minit ,jam pujuk. tapi 

jawapan yang ayah bagi 

"biar korang menangis, dari kami yang menangis"
sanggup hantar ambik pergi sekolah. 
bangun pagi pagi. tinggalkan kerja yang tengah dibuat 
untuk ambik kami dari sekolah :')
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? 

Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat 

berharga.



Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan 

peraturannya. Maka kita telah melanggar 

kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu 

kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.


Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke 

sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan 

kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa 

menolak, beliau memenuhinya.Saat kamu 

berjaya.Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan 

bertepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum 

dengan bangga.

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang 

dan menangis?



"Selamat hari jadi ayah! Sanah Helwa. happy birthday walaupun ayah tak mungkin baca entry ni, tapi orang tetap nak tulis gak. hehe. Semoga ayah sihat selalu. Murah rezeki, sentiasa hensem and macho :p
tak pernah cakap sayang kat ayah, tapi.. 
Allah je yang tau, betapa sayangnya orang kat ayah
                                  
thank you sebab sentiasa sabar dengan kerenah anakmu yang macam-macam nih.hehe..
thank you Allah because give me a chance to borrow such a good and value able person.
without them, i'm nothing. 
(^_^)



Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai;  dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).

(Al -Ahqaf [46] : 15)


*Doakan ayah saya diberkati dan diredhai hidupnya oleh Pencipta*

Assalammualaikum :)



0 Responses