Je M'apelle Mussy
ASSALAMMUALAIKUM
yarghhhhhh!!!! pagi ni nak menggila boleh?
TAK BOLEH??
eh, sukati la. I ni tuan tanah. 
eh, bukan sekarang tengah 'gila' ke??
oh. ye ke. ok ok. 
*sewel cakap sorang sorang*

kesah pulak??
ok lah. hari ni orang kurang siuman ( proper sikit ) 
nak merepek dan menyimpang.
kali ni tak ada motif pun.
saja saja je nak menaip sebab jari dah 'menjerit'
"woiiii. aku dah gatal ni. cepatlah pergi tekan keyboard"
eh eh boleh pulak? sah2 mereng dah ni :p

SAYA RINDU DAN SAYANG MEREKA MEREKA NI  :D
MOTIF?
saja nak cakap, jeles pulak? :p


Rindu mereka ni yang jauh beratus2 batu :')
tabahnya la membesarkan kami yang banyak kerenah.
sakit la. degil la. melawan la. macam2 la :p
'only parent know the true colour of their children's'
kalau depan orang lain
hentak, pijak lumat dengan kaki 
dekat encik semut. tak mati2 semut tu :p
tapi kalau depan mak ayah belum pijak lagi ni
semut tu dah mati :D

besarnye pengorbanan mereka hanya 

Allah yang mampu membalasnya

semoga mereka terus diberi kesihatan dan 

keberkatan hidup oleh Allah swt.

AMIN 





menangis, bergaduh, bertekak, masam muka. 
semua pernah
nama pun duduk 1 rumah kan.
terima kasih akak2 sebab jaga saya
bagi apa yang tak cukup, sediakan semua benda yang perlu
terima kasih adik sebab redha je dapat akak yang 'gila' ni :p





Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu. 

Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama.


bukan semua kawan boleh jadi teman,

bukan semua teman boleh jadi rakan,

bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT, 

hargailah mereka.


tazkirah hari ni. terima kasih ;)


kenapa saya tulis benda benda ni?
mungkin orang akan cakap
'eleh. poyo je post benda2 ni. ingat kitorang tak ada ke'
'nak menunjuk nunjuk la tu'
'apa apa la. benda ni pun nak bagitau'

sebenarnya ada cerita lain.
1 hari tu saya balik ke rumah akak, naik ktm. tetiba saya ternampak seorang makcik tua yang 
memang ketara uzurnya naik ktm sorang diri. 
saya rasa boleh dipanggil opah untuk mereka2 yang seusia saya.
bukan nak tunjuk baik tapi cuma berkongsi cerita.
dia nak ke SEREMBAN maybe nak balik rumah dia kot.
saya tolong pimpin dia naik tangga untuk ke seberang.
saya tanya. 
kenapa dia sorang je. mana anak ke. suami ke. cucu ke.
sekarang ni kan bahaya.
 tambah2 lagi orang yang tak berdaya macam dia kan.
Dia bagitau yang dia dari hospital. 
saya tanya. 'eh jauhnye' ( menyibuk pulakkan )
dia kata semua tu urusan anak dia.
ok la. diam je. tapi tiba2 dia cakap
'opah nak balik. tapi anak2 semua sibuk. tak ada masa nak hantar.'
ada lagi cerita yang tak best nak diceritakan.
sedih sangat dengar. 

bukan nak mengaibkan atau tunjuk diri baik. tapi ambik la iktibar yang baik baik je.
kadang kadang kita lupa asal usul kita, kita lupa pada orang orang yang jadi punca kejayaan kita.

Wahai kawan kawan, hargailah ibu bapa kita semasa mereka masih hidup. Kenanglah jasa mereka membesarkan kita. Luangkanlah masa sebelum Allah menjemput mereka kembali.

kenapa saya sayang mereka2 ni?
 Sebab mereka adalah sebahagian dari diri saya, pelengkap kehidupan saya. Kalau masa boleh diputar kembali dan saya dibenarkan memilih siapa yang akan jadi keluarga,sahabat dan kawan saya, saya akan tetap pilih mereka. 
I won't trade them for anything else.
for they are the reason for who i've become today.
 I love them.

ASSALAMMUALAIKUM :')










2 Responses
  1. Suraiya Says:

    akak, jom share story opah tu?
    excited nak tau laaa...
    ibu kan jenis 'ber kebajikan' sket, pantang nampak org tua nak melintas jalan je, ibu dah mula rasa touched my heart!
    i do no what will be happened to me on that age!
    May Allah bless us.


  2. oh. okay. nnt i story mory ye ;)