I’m a Muslim. I’m proud to be a Muslim. I’m proud of my Prophet (pbuh) and I will respect his tradition, honour his person, and fight for what he stood for. So my weapons are words, not guns or bombs. That’s my choice.
kenapa perlu hina Nabi kami?
kenapa memperkotak-katikkan Nabi kami?
mungkin mereka semua tak tahu apa yang Rasul kami buat dan korbankan untuk bawa agama Islam pada kami
mungkin mereka tak mengkaji apa yang Rasul kami beri dan perjuangkan untuk pimpin kami menjadi seorang Hamba Allah yang diredhai dan disayangi olehNya.
Nabi kami sanggup korbankan semua hartanya untuk kami
Nabi kami sanggup tak makan untuk kami
Nabi kami sanggup dipulaukan oleh keluarga dan kaumnya sendiri kerana kami
Nabi kami sanggup keluar dari tanah kelahirannya sendiri untuk kami
Nabi kami sanggup tumpahkan darahnya sendiri untuk kami
Nabi kami ingat kami ketika di hujung nyawa Baginda
Nabi kami sering ingat kami dalam doanya
Baginda tak pernah lupa umatnya
Ya, umatnya terkadang leka dan alpa dalam mengingatinya
Nabi berperang sehingga mengalir darahnya di dahi :'(
Apa yang saya balas sebagai umatnya??
tak ada apa. Ya Allah, jahilnya saya T.T
Apa yang saya lakukan ketika mereka menghinanya?
Tak ada apa. Ya Allah, dosanya saya :'(
Baginda kelihatan
tersangat letih. Dengan darah yang menjadi warna tubuhnya ketika itu. Luka-luka
menghiasi diri. Di sisinya Zaid bin Harithah berusaha memberikan yang terbaik
kepada tubuh suci itu, tanpa menghiraukan dirinya yang turut luka-luka hasil jamahan
batu-batu dari penduduk Ta’if.
Ketika itulah baginda berdoa kepada Allah SWT. Menyatakan
akan usahanya, dan memohon ampun jika ini semua berlaku kerana kelemahannya.
Menyatakan betapa lemahnya baginda, dan kepadaNya sahaja tempat baginda mampu
bergantung harap.
Meruntun dunia mendengar doa itu, hingga malaikat turun
memberikan tawaran. Jika mahu, gunung di Ta’if itu akan diangkat lalu dengannya
Kaum di Ta’if itu dihancurkan. Namun di tengah luka dan kepedihan, di tengah
kesedihan dan ketidak upayaan, Rasulullah SAW aku itu berkata:
“Jangan, moga daripada mereka, akan lahir orang-orang yang
beriman kepadaNya.”
Aku yang tidak berada di sana, namun berdiri di tempat itu
dengan dihubungkan helaian-helaian Sirah itu pada hujung jemariku, menangis.
Inilah Muhammad SAW yang dibenci itu.
Mengapa ini tidak diceritakan di dalam cerita mereka itu?
Mengapa ini tidak dicontohi oleh mereka yang mahu
mempertahankan baginda itu?
Baginda ketika itu
dalam saat yang genting. Manusia-manusia rakus dari kumpulan kaafir Quraisy
sedang berlumba untuk menamatkan nyawa baginda. Barisan tentera Muslimin di
Medan Uhud yang hancur akibat ketidak patuhan sebahagian tentera, membuatkan
tentera-tentera musuh berjaya menerobos ke benteng terakhir. Semua dahagakan
darah baginda.
Yang ada di sisi baginda pada saat cemas itu hanyalah Sa’ad
bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah. Mempertahankan Rasulullah SAW dengan
segala kemampuan yang mereka ada, sebelum para sahabat yang lain tiba.
Ketika itu Ibn Qami’ah dari pasukan lawan berjaya menerobos
dan melandaskan pukulan. Bahu baginda menjadi mangsa, dan kemudiannya pipi
baginda. Hingga tali pengikat keledar besi yang dipakai baginda, terperusuk
masuk ke pipi baginda. Beberapa batang gigi baginda patah, dan mengalirlah
kemudiannya darah. Hingga baginda menakung dengan tangan suci baginda darah
itu.
Saat ini, apa yang keluar daripada mulut baginda?
“Wahai Tuhanku, ampunkanlah kaumku itu, sesungguhnya mereka
tidak mengetahui.”
Dan bersegeralah Abu Ubaidah yang telah sampai berusaha
mencabut tali pengikat keledar itu, hingga giginya pula yang tercabut. Datang
pula Abu Talhah, Abdurrahman bin Auf dan Abu Bakr mempertahankan baginda dan
memukul musuh agar meninggalkan kawasan itu.
Suasana itu sangat mengharukan. Aku tidak berada di sana.
Namun aku seakan wujud di sana. Bergetar hati ini ‘melihat’ suasana itu.
Mengapa ini tidak pula diceritakan?
Dan mengapa sikap itu tidak pula menjadi contohan?
Andai Rasulullah s.a.w melihat aku
Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..
jazakallahu khairan kathira