Je M'apelle Mussy

Alhamdulillah. Bersyukur dgn apa yang ada. Still ada peluang untuk berusaha lagi.
Takpe takpe. Slow slow dulu.
Tak cukup usaha lagi untuk capai target.
Keep calm and keep moving.

Orang lain punya bahagia raikan dengan family.
Mak ayah gua diam je. Tak tanya apa apa.
Benda dah biasa jadi.
Kalau bernasib baik dah lepas seminggu baru diorang tanya.
Kalau nasib malang, takkan tanya sampai la grad. Hahahahha.

Takpe la. Janji doa dan restu diorang sentiasa ada.

Assalammualaikum :)

Je M'apelle Mussy

Apa rasa klau kita jd mak and anak kita x ambik berat plus x peduli langsung pd ibunya??
Mesti sedih kan!!
Tapi tu la bnda yg dh jadi dpan mata sendiri.
Si anak langsung x ambik berat, langsung x brtnya khabar emak yg duduk jauh depan mata. Apa perasaan dia buat macam tu.
Bangga??hebat??

Bila cakap macam ni, orang cakap kita ustazah, sibuk jaga tepi kain org lain.
Tapi x sbnarnya kawan2.
Allah bg kita peluang untuk berfikir dan jadikan benda tu teladan sbb 1 hari nanti kita jugak akan jd tua macam mereka. Jd mak n ayah macam mereka.
Nak tau nasib kita mcm mna kmudian hari nnt??
Tgk hari ni mcm mna kita treat mak n ayah kita hari ni.
Semuanya ada nasib untung2 masing2. Klau baik. Baiklah.
Kalau x, fikir la sendiri

Pada manusia macam ni, hargai la diorang sebelum terlambat. Hargai la bila yang mengandungkan anda still lagi ada depan mata, yang selalu fikir, tolong, sayang kamu.
Hanya orang yang tak berpeluang hidup dengan mak bapak sendiri je tahu bahagianya bila tengok 1 family yg sempurna. Malang sekali saya takde kesempatan tu.
Assalammualaikum

Je M'apelle Mussy

Sekarang busy dengan MUET
Tak suka speaking tapi tu la yang kena buat.
Letih nak gulung lidah.
Ayoyoyo

Je M'apelle Mussy
sebelum kita mengutuk orang dengan kata-kata yang tidak baik, fikir dulu apa betul tindakan kita? 
layak kita hendak meletak hukuman?
untuk menjadi sempurna dimata orang lain memang payah, baik jadi sempurna dimata Allah…. 
Seribu kali kita mencuba memperbetulkan kesilapan kita belum tentu satu tindakan yang kita hendak perbetulkan manusia lain boleh terima tetapi di hadapan Allah, 
sekeji mana perbuatan kita Dia tetap memberi pengampunan.
Semoga kita semua akan dapat iktibar daripadanya…
Manusia ini bila dia mula bercakap tak pernah nak fikir hati dan perasaan orang 
padahal semua yang mereka luahkan itu adakalanya menyakitkan dan adakalanya benda yang 
sama juga jadi kat dia cuma dia perasan atau tidak.
Pernah ke tidak kita berfikir orang yang kita kutuk tu siapa? pernah tak kita bertindak sama je macam tu?
kita belum sempurna untuk memperkatakan keburukan orang.
 Yang mengeluarkan tutur kata pula tidak pernah berfikir siapa dia untuk berkata-kata.
Harus diingatkan setiap kata ialah doa dan setiap yang kutukan yang kita keluarkan mungkin tidak nampak sekarang jadi pada kita nanti??
Siapa yang akan mengetahuinya??? siapa?
semua itu urusan Allah…
* saya berkawan tanpa ada niat lain, tapi kalau tak boleh nak berkawan dengan orang hebat macam kamu. maaf la. tak tau pulak tak boleh. tolong la jangan buruk sangka :)*
Je M'apelle Mussy

Quick Update- HAPPY ^_^

Assalamualaikum...

Just short entry je.
Bahagia dan gembira ni.
Baru kejap tadi orang nyanyi 2 buah lagu through
phone sambil main gitar.
Kau mampu? DIA mampu!
Sekarang boleh study sambil tersenyum (^_^)



NotaTangan: Jangan tanya kenapa aku menyanyi 
lagu "Terukir DiBintang" & "Just The Way You Are" 
dalam kelas nanti! haha..
Je M'apelle Mussy
assalamualaikum :)
malam ni dengar cerita seorang kakak yang 
dah kehilangan adik
dia cakap adik dia sangat baik dari segi akhlak 
and semua2 lah

tapi dulu memang pernah jumpa sekali.
muka memang stock baik2 :)
dia 'pergi' dalam keadaan yang cukup senang.
tak susah kan keluarga :)
and muka nya tersenyum :)
ALLAHUAKBAR :)

betul la orang cakap
"ORANG BAIK, ALLAH SAYANG"

nak jadi BAIK sekarang :')
Je M'apelle Mussy



Assalammualaikum semua
Tadi terbaca 1 buku motivasi.
Tertarik dengan 1 cerita ni J
Saya nak shared dengan korang2 la 

TAKDIR SEORANG IBU


Sewaktu aku bekerja di sebuah kawasan perindustrian, keadaan kampung ini sangat tenang dan mendamaikan. Namun, keadaan kampung yang damai ini tidak semestinya menggambarkan damainya hati penduduk di sini. Sering kali aku lihat seorang ibu tua berehat di luar rumah. Bila aku terserempak dengan ibu tua itu, aku sering menegur dan bercakap dengannya.
Aku anggap dia sebagai ibuku sendiri. Riak mukanya aku Nampak sebagai ibu tua yang rindukan sesuatu dan selalu bersedih. Aku sebenarnya tidak berminat mencungkil rahsia orang. Biarlah ibu tua dengan pengalaman hidup yang tebal menyelesaikan dan menangani permasalahannya sendiri. Aku bukannya pakar psikologi yang layak memberi nasihat.
Rupanya ibu tua itu mempunyai seorang anak. Anaknya berkerja di Bandar dan jarang pulang ke rumah. Anaknya terlalu sibuk. Benar, ada kiriman wang yang diberikan setiap bulan. Makan pakainya cukup disediakan oleh anaknya. Jika dilihat dan dinilai dari pandangan mata, sudah tentu ramai orang akan berkata “sejuk perut ibu mengandung” “bertuah kau ada anak seperti ini”
Tapi itu hanya dimata, tapi di hati wanita tua itu tiada siapa tahu hinggalah satu hari tanpa sedar wanita tua itu mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia merindui anaknya itu. Tapi apakan daya, dia harus memahami kesibukan yang dilalui oleh si anak. Sejak akhir2 ini juga, jarang telefonnya berdering dan suara anaknya jarang kedengaran  di telinga. Bila saya menyarankan untuk dia menelefon si anak, dia risau mengganggu ketenangan si anak ketika bekerja.

Malam itu juga, si ibu menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang anak yang dijaga dari sebesar dua jari tapak kakinya.

Sedih cerita ni, kesiannya mak dia. Tapi sekarang majority untuk warga tua memang begitu. Disebabkan dunia ni dah mula pesat dan maju membangun, semua orang berebut rebut mencari punca rezeki dan kadangkala lupa bertanya khabar orang tua mereka yang menunggu mereka telefon bertanya khabar. Bagi mereka wang, segala kelengkapan, makan, pakai sudah memadai untuk menggembirakan hati orang tua. Tapi bukan itu saja yang diperlukan warga tua.
Mereka nak kan kasih sayang anak anak
Mereka nak kan anak anak mempunyai masa untuk menjenguk mereka sebulan sekali pun cukuplah.
Mereka nak mendengar suara anak anak mereka sekurang2nya 2 hari sekali sudah memadai
Terasa sangat dengan diri sendiri lepas baca cerita ni. Saya juga belum mampu membahagiakan hati ibu bapa. Tapi nasib baik waktu ni cuti sem, boleh la temankan mak duduk kat rumah ni. Tahu mak boring tinggal sorang2. Takpe la tak dapat pegang or cari duit macam kawan2 lain buat waktu cuti sem, asalkan saya masih ada masa untuk bersama mereka, selagi mereka masih ada J

Di waktu ibu bapa sedang tidur, tatap wajahnya itu 5 minit saja, kita akan tahu bagaimana rasanya nanti bila wajah itu sudah tidak ada di situ.