Je M'apelle Mussy
hai..hoi..hei...opppssss..silap2 as a muslim i should begin with ASSALAMUALAIKUM readers :) ( kalau ada la ) lameeeeenyeee x publish post baru, so atas permintaan ramai saya buat la yg baru..baik punya....hahahahaha, ( ok..ini perasan ;p ) 

*ok lets be serious*

now kita dah masuk tahun baru hijrah and semua orang dah tahu tu :) ramai orang cakap waktu ni la semua buku amalan kita yang lama ditutup dan dihantar pada Allah and digantikan dengan buku amalan yang baru. Banyak sangat sebenarnya azam tahun baru saya yang tak pernah langsung menjadi, nak buat macam mana..saya ni mudah lupa, baran, degil and macam2 lagi la..so, untuk tahun baru kali ni saya doa sangat yang semua azam saya akan terus jadi habit saya sampai bila2...AMINNNNN

1) reading Al-quran is a must!!!! ( every single day )
2) be a good daie'
3) have a peace in heart
4) usrah class every week ( trying )
5) excel in friendship ;)
6) be a good daughters that my parents ever had :)
7) NO love until AKAD :D
8) have a good pointer in exam
9) true muslimah for Ad-Din
10 ) never skip SOLAT :)

listing mmg senang, nak buat tu mencabar jugak la :p ape2 pun kalau mintak pertolongan Allah, insyaAllah berjaya..bak kata orang..NIAT BAIK ALLAH PERMUDAHKAN..so, guys..wish me luck :)

ASSALAMUALAIKUM :) 

  
Je M'apelle Mussy
I’m a Muslim. I’m proud to be a Muslim. I’m proud of my Prophet (pbuh) and I will respect his tradition, honour his person, and fight for what he stood for. So my weapons are words, not guns or bombs. That’s my choice.


kenapa perlu hina Nabi kami?
kenapa memperkotak-katikkan Nabi kami?
mungkin mereka semua tak tahu apa yang Rasul kami buat dan korbankan untuk bawa agama Islam pada kami
mungkin mereka tak mengkaji apa yang Rasul kami beri dan perjuangkan untuk pimpin kami menjadi seorang Hamba Allah yang diredhai dan disayangi olehNya.

Nabi kami sanggup korbankan semua hartanya untuk kami
Nabi kami sanggup tak makan untuk kami
Nabi kami sanggup dipulaukan oleh keluarga dan kaumnya sendiri kerana kami
Nabi kami sanggup keluar dari tanah kelahirannya sendiri untuk kami
Nabi kami sanggup tumpahkan darahnya sendiri untuk kami
Nabi kami ingat kami ketika di hujung nyawa Baginda
Nabi kami sering ingat kami dalam doanya


Baginda tak pernah lupa umatnya
Ya, umatnya terkadang leka dan alpa dalam mengingatinya  


Nabi berperang sehingga mengalir darahnya di dahi :'(
Apa yang saya balas sebagai umatnya??
tak ada apa. Ya Allah, jahilnya saya T.T
Apa yang saya lakukan ketika mereka menghinanya?
Tak ada apa. Ya Allah, dosanya saya :'(



Baginda kelihatan tersangat letih. Dengan darah yang menjadi warna tubuhnya ketika itu. Luka-luka menghiasi diri. Di sisinya Zaid bin Harithah berusaha memberikan yang terbaik kepada tubuh suci itu, tanpa menghiraukan dirinya yang turut luka-luka hasil jamahan batu-batu dari penduduk Ta’if.
Ketika itulah baginda berdoa kepada Allah SWT. Menyatakan akan usahanya, dan memohon ampun jika ini semua berlaku kerana kelemahannya. Menyatakan betapa lemahnya baginda, dan kepadaNya sahaja tempat baginda mampu bergantung harap.
Meruntun dunia mendengar doa itu, hingga malaikat turun memberikan tawaran. Jika mahu, gunung di Ta’if itu akan diangkat lalu dengannya Kaum di Ta’if itu dihancurkan. Namun di tengah luka dan kepedihan, di tengah kesedihan dan ketidak upayaan, Rasulullah SAW aku itu berkata:
“Jangan, moga daripada mereka, akan lahir orang-orang yang beriman kepadaNya.”
Aku yang tidak berada di sana, namun berdiri di tempat itu dengan dihubungkan helaian-helaian Sirah itu pada hujung jemariku, menangis.
Inilah Muhammad SAW yang dibenci itu.
Mengapa ini tidak diceritakan di dalam cerita mereka itu?
Mengapa ini tidak dicontohi oleh mereka yang mahu mempertahankan baginda itu?
Baginda ketika itu dalam saat yang genting. Manusia-manusia rakus dari kumpulan kaafir Quraisy sedang berlumba untuk menamatkan nyawa baginda. Barisan tentera Muslimin di Medan Uhud yang hancur akibat ketidak patuhan sebahagian tentera, membuatkan tentera-tentera musuh berjaya menerobos ke benteng terakhir. Semua dahagakan darah baginda.
Yang ada di sisi baginda pada saat cemas itu hanyalah Sa’ad bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah. Mempertahankan Rasulullah SAW dengan segala kemampuan yang mereka ada, sebelum para sahabat yang lain tiba.
Ketika itu Ibn Qami’ah dari pasukan lawan berjaya menerobos dan melandaskan pukulan. Bahu baginda menjadi mangsa, dan kemudiannya pipi baginda. Hingga tali pengikat keledar besi yang dipakai baginda, terperusuk masuk ke pipi baginda. Beberapa batang gigi baginda patah, dan mengalirlah kemudiannya darah. Hingga baginda menakung dengan tangan suci baginda darah itu.
Saat ini, apa yang keluar daripada mulut baginda?
“Wahai Tuhanku, ampunkanlah kaumku itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Dan bersegeralah Abu Ubaidah yang telah sampai berusaha mencabut tali pengikat keledar itu, hingga giginya pula yang tercabut. Datang pula Abu Talhah, Abdurrahman bin Auf dan Abu Bakr mempertahankan baginda dan memukul musuh agar meninggalkan kawasan itu.
Suasana itu sangat mengharukan. Aku tidak berada di sana. Namun aku seakan wujud di sana. Bergetar hati ini ‘melihat’ suasana itu.
Mengapa ini tidak pula diceritakan?
Dan mengapa sikap itu tidak pula menjadi contohan?

 

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku 
Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..


jazakallahu khairan kathira


Je M'apelle Mussy
Bismillahirahmanirahim. 12.36 A.M. Ya Allah, *Hadirilah insan-insan yang aku rindui dalam mimpiku. Datangkanlah ia hanya sebentar. * Sebentar sahaja ya Rabbi! Cuma sebentar. Sebagai pengubat rindu. :')

I just want to share some attractive photos here ^.^






Assalamualaikum :D







Je M'apelle Mussy

Assalamualaikum..



Bismillahirrahmanirrahim~

Yeah, I am back to ‘cot cet cot cet’ here Smile with tongue out How’s your day everyone? Doing Great? :’)


She had changed to a better person..Alhamdulillah :) its for her own sake


Terima Kasih Ya Allah..doa sy siang dan malam supaya kawan saya ni blh berubah sedikit demi sedikit :)

bukan nak cakap saya baik sangat sebab saya pun banyak dosa dan bnyak salah silap dalam hidup, tapi at 

least sbgai kawan saya tak boleh tinggalkan kawan saya untuk terus bergerak menjadi seorang hamba yang 

Allah sayang..Saya tak nak berusaha keras untuk masuk Syurga sorang2 tapi orang yang rapat dengan saya, 

saya biarkan dengan typical reason ' kubur lain2' and 'jaga tepi kain sendiri'

Ya, dulu saya jugak terikut dengan reason ni, tapi Alhamdulillah lepas pergi usrah dengan sorang kawan and 

dengar ustazah tu cakap yang  "Seorang Muslim adalah bersaudara kepada seorang Muslim yang lain; ia 

tidak menzaliminya dan menghinanya." saya tetiba teringat dekat kawan saya ni :) sweet kan??hahahaha


tapi sebenarnya perubahan ni berlaku sebab Allah yang kuatkan and lembutkan hati dia untuk berubah sikit 

sikit..tak pe la, biar la perubahan tu perlahan tapi tetap consistent dari yg drastik and lelama entah ke mana 

kan?? 

 

 Muslim yg baik saling mendoakan antara seorang Muslim kepada Muslim yang lain, amalan mulia yang 

paling utama antara perbuatan-perbuatan baik yang kita kerjakan.

Sayangkah saya pada setiap muslim mukmin yang telah diisytiharkan Allah??


Kami sayang kamu and sentiasa sokong kamu ke arah kebaikan kawan..Aminnn :)


Jom sama-sama tarbiah diri ;D
Je M'apelle Mussy
Bismillahirrahmanirrahim :D 
Salam to all readers :) 
dah lama tak mengupdate blog dan blog saya ni dah cukup bersawang dah sampai susah dah nak menulis lagi :p





setiap hari nak update blog tapi tak dapat-dapat sebab terlalu letih dengan tugasan sebagai seorang pelajar, assignment berlambak-lambak perlu di siapkan dan bekejar ke sana sini untuk open house :) maklum la kan raya dah nak habis..ramai gila kawan-kawan yang buat open house tapi yang bestnya jimat duit poket untuk minggu ni..hehehehe :)


tetiba untuk entri kali ni saya terpanggil nak bercerita pasal 2 orang kawan saya yang sangat saya kagumi dan sayang dalam diam ;)


first kawan saya, here she is :D

FARAH ADILA
dalam gambar ni farah yang pakai tudung hitam :)  ( susah sikit nak dapat gambar dia sebab dia bukan jenis yang suka bergambar :p )
saya mula kenal farah since dari kitorang umur 6 tahun, dia ni jenis yang suka cakap laju-laju and sometimes benda yang dia cakap tu saya tak faham langsung sebab kelajuan dia tu kalah ERL :p
tapi dia sangat pandai, suka mengingatkan saya benda yang saya lupa, selalu ajak saya berpuasa sunat, dan suka kirimkan SMS yang berguna buat saya untuk panduan jadi seorang manusia yang beragama islam :')
dulu Farah ni menjadi anak emas cikgu di sekolah sebab bijaknya, matangnya, menghormati orang lain, tak kedekut ilmu dan berpakaian sopan :) sekarang Farah dah pun bertudung labuh and menuntut ilmu di UIA dalam jurusan perubatan, Alhamdulillah, setakat ni semua benda yang dia nak, dia dapat, saya gembira jugak untuk Farah :) dia tak jemu-jemu telefon dan bagi saya tazkirah sebab kadang-kadang saya ni selalu lalai dan lari dari jalan yang lurus ni :') mujur la ada Farah, kalau saya sedih saya akan call farah dan mintak semangat dari dia..alhamdulillah setakat ni semuanya berhasil je :D
She's been an inspiration to me and helped me balance my life :) thanks kawan, tapi kami dah jauh dan jarang jumpa,telefon pun sekali-sekala kalau tak busy la. dan sekarang saya dah jarang dengar tazkirah dia sebab dia pun sibuk nak final exam..huhuhu T.T

WAN NUUR
Tutur kata sopan, sentiasa senyum, muka yang manis, senang di dekati, mudah membimbing dan suka bagi nasihat dan tazkirah yang membina untuk saya :) bila saya sedih, saya confused dengan benda yang saya tak berapa pandai nak selasaikan, saya suka mintak pendapat wan nuur. Perangai dia selalu ingatkan saya tentang Farah. walaupun rupa diorang tak sama tapi sikap diorang yang suka menolong, tak kedekut ilmu and suka bagi nasihat tu menarik lagi hati saya untuk stay je dekat diorang and tak nak duduk jauh2 (macam menakutkan je statement ni :p) tapi betul la sebab ada proverb cakap "attitude is everything" and " sikap yang baik dapat menambat hati orang sekeliling kita " lebih kurang macam tu la pepatah dia :) 
saya tak pernah pulak dengar orang mengutuk or mengumpat Wan Nuur (macam pelik je orang kutuk wan nuur kan?? biasanya kalau dia kutuk Wan Nuur, dia la yang something wrong kat situ :p) 

Persamaan antara 2 orang kawan yang saya kenal ni, diorang ni menundukkan pandangan daripada tengok lelaki, betul la kan, tengok dari pakaian dan perangai pun dah tau.. tapi still ada jugak lelaki2 yang nak berkenalan and berminat nak couple dengan diorang. betul la Allah pernah cakap hati yang ada maksiat ilmu susah nak masuk..saya rasa sebab tu kot diorang ni pandai gila and senang je dapat ilmu dan mudah faham.

Tapi bila tengok pada Musliha tak macam itu. Ya, saya ada banyak kawan yang baik sekeliling saya..tapi saya tak mampu lagi jadi sebaik mereka semua. saya ada banyak kawan baik yang pakai tudung labuh, tapi saya sendiri tak mampu didik diri saya pakai tudung labuh T.T dan ya saya jugak ada banyak kawan yang selalu ingatkan saya pasal semua benda yang boleh buat Allah marah, tapi saya still jugak buat benda yang boleh timbulkan kemarahan Allah...kekadang saya pun terpikir jugak, sampai bila saya nak terus hidup macam ni?? saya selalu menipu, melawan cakap mak ayah, lalai dalam menunaikan solat, mengumpat, pandang negatif pada orang lain, dengki, pendendam, pemarah, panas baran, sombong and macam2 lagi la...Ya Allahhhhhhhhhhhhhhh..banyaknya dosa saya pada Allah, pada Mak Ayah, pada Adik Beradik, Pada kawan2 and pada semua orang yang saya kenal T.T '
berapa banyak dah hati orang yang dah saya sakitkan, kecikkan, lukakan..saya pun tak tau macam mana nak mintak maaf balik...agak2 pada sesape yang baca blog ni and saya pernah buat korang kecik hati..saya nak MINTAK MAAF, saya ciptaan Allah yang tak boleh jadi sempurna 100%..sekarang saya tengah cuba untuk hapuskan semua perkara mazmumah dalam diri saya ni sikit2..sebab itu la sekarang saya banyak termenung and sedih..sebab saya selalu pikir, macam mana kalau tetiba Allah tarik nyawa saya and saya tak sempat tebus semua salah saya???macam mana kalau waktu tu saya menghadap Allah bawak semua dosa saya yang bertimbun-timbun dekatt depan Allah??macam mana keadaan saya kalau saya balik kat Allah tapi mak ayah saya tak redha dengan diri saya??macam mana dengan semua amalan saya yang acuh tak acuh tu semua???sedihhhhnye T.T

satu je impian saya dari dulu sampai sekarang..Satu DOA yang tak pernah saya berhenti mintak pada Allah
"Ya Allah, panjangkan la umur saya dan kedua ibu bapa saya sehingga saya berjaya jejakkan kaki keRumahMU Ya Allah bersama kedua orang tua saya atas rezki yang halal"
kekadang doa lain saya sering terlupa kalau dalam keadaan tergesa-gesa tapi doa yang satu ni saya selalu ingat dan tak pernah lupa..saya selalu doa supaya Allah terima saya dan kedua orang tua saya menjadi tetamu di RumahNya..Amin2 Ya Rabbal Alamin :')


::Be A GOOD MUSLIMAH MUSLIHA :D ::
Je M'apelle Mussy



assalamualaikum kawan2 :) pepagi buta mata tak nak tutup, so sy rasa mcm tangan ni gatal nak menulis :D

entri kali ni nak cerita sikit pasal saya la, bagi tau tajuk siap2, so kalau tak nak baca, jgn teruskan :)

ramai orang yang jumpa saya for the first time, akan tanya macam ni pada adik sy
" kenapa akak ain tu sombong sangat?" "akak ain tu garang la, takut nak tegur" "siti (org yg bru knal suka pnggil nma depan) tu pendiam sangat, segan nak cakap dengan dia"
weyyyy..adoiyaii, bnyaknye perception org pd diri sy ni :( sampai sy pun rasa dah tak nak tunjuk muka pada orang yang bertandang ke rumah ( sebab rumah kami selalu dikunjungi anak angkat dari macam2 jenis ipta & ipts) untuk buat program homestay :p

so, untuk lg jelas, faham dan terang ( ambik kau) bak sini sy ceritakan sikit pasal diri sy yg org hanya menilai dari luar je :0 ngeh ngeh ngeh ( ayat baru yg suka sy guna )

sy tak tau kenapa sy ni pendiam or tak cepat mesra dengan orang yang baru sy kenal, sebab sepenilaian sy :p akak2 n adik sy mmg bnyk mulut, sy tak pasti kenapa sy pendiam, maybe sebab waktu mak saya pregnantkan sy dulu dia x brcakap kot ( aci pulakkan salah kan mak )

tapi kalau org yg dh kenal sy lama n dah rapat dgn sy, gerenti diorang akan tanya orang tu blk mcm ni
"hah?? musliha pendiam??" "ye ke??tak kenal dia lg, nnt klau kenal mesti ko pening"
itu respon yg selalu kwn2 rapat sy bg bila ada org tnye sy ni pendiam ke, x bnyak ckp ke

okey, orang selalu cakap, first impression itu sangat penting kan! maksudnya, first impression memberi kesan kepada orang lain untuk mengenali siapa kita sebenarnya. isn't it? once orang tu nilai kita baik, then, dia mesti nak berkawan dengan kita. and selalunya, first impression orang terhadap seseorang mesti lain dari sifat sebenar kan? err.. macam saya, kalau first time jumpa, tengok atas bawah, telek muka itu ini. mesti mereka akan klasifikan saya sebagai seorang pendiam. mana taknya, saya memang seorang pendiam di awal perkenalan. ceh! but then, bila asyik mendiamkan diri, mereka fikir saya sombong. OH TIDAK !!! SAYA TAK SOMBONG. SAYA CUMA PEMALU !!! yeah~ pemalu.

SAYA TAK SOMBONG, buat ape nak sombong sebab sy pun menumpang kat bumi tuhan, beratapkan langit yg Allah buat, bernafas guna oksigen n udara yg Allah bg, cuma nmpak sy sombong bila sy tak tegur org yg sy baru kenal. itu je, dengan lain jantina sy memang pendiam sikit, harap maklum :D


sy memang bkn jenis peramah untuk org yg baru sy jumpa, sy jenis yg tgk dulu cara org tu mcm mna, kalau dia blh 1 kepala ke tak dengan sy, then, dh dpt detect bru la sy pot pet pot pet dgn dia, kdg2 tu bila sy jadi trlalu ramah, org pulak jd segan, semua serba tak kena...adoiiii ponat den :p

 saya memang seorang yang pemalu. wee~ tapi bila dah kenal, pergghhhh! first impression tu memang jauh panggang dari api. so, kat sini saya nak tekankan. awak awak dan awak semua, SAYA TAK SOMBONG tau!  and, first impression tu tak semestinya betul. jangan pernah nilai seseorang selagi kita tak kenal siapa dia sebenarnya. so, setakat ini saja. terim kasih sudi baca. sekian.

 


Jazakumullahu khairan kathira
Je M'apelle Mussy

Jika wanita cantik yang kau cari, 

bukan aku orangnya.. 
Jika wanita solehah yang kau inginkan, 

bukan aku orangnya..
Jika wanita ayu yang kau dambakan, 

bukan aku orangnya.. 
Jika wanita kaya yang kau angankan, 

bukan aku orangnya.. 
Jika wanita bertudung labuh yang kau idamkan, 

juga bukan aku orangnya.. 
Tetapi jika kau mencari wanita yang hendak dibimbing, 

akulah orangnya...

p/s: Sekali-sekala melayan perasaan itu logik. 
Siapalah kita untuk membelakangkan fitrah yang memang telah Allah tetapkan pada setiap hati...


sebab saya masih tak sempurna :D
* trima kasih :p