Je M'apelle Mussy

DALAM menjalani kehidupan penuh cabaran dan tekanan, tidak dinafikan bahawa aspek kesihatan memainkan peranan penting bagi memastikan seseorang itu tabah dalam meneruskan kehidupan penuh ranjau dan pancaroba ini.
Kesihatan fizikal sememangnya diperlukan bagi menjamin kelangsungan hidup tetapi selain fizikal, aspek lebih penting bagi manusia melepasi satu persatu dugaan mendatang ialah ketahanan mental.
Kete­nangan jiwa dan kemantapan mental menyebabkan manusia mampu mengatasi segala cabaran malah mampu untuk meneruskan hidup secara positif.
Cara untuk tenangkan hati dan memantapkan minda sudah diajar Allah dalam al-Quran dan terbukti sangat berkesan; tonik paling berkesan itu ialah berzikir. Allah s.w.t berfirman:
“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang”.
(Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)
Demikianlah indahnya Islam, agama yang tidak hanya tertumpu kepada ibadat kerohanian semata-mata malah menyeluruh (syumul) dalam semua aspek kehidupan. Malah, tips atau petua menjaga kesihatan juga turut disertakan dalam ajaran Islam.
Ingat Allah hati akan tenang, jarang ingat Allah hati akan kering, gersang serta tandus. Apabila banyak mengingati Allah, akan bertambah iman sehingga hati makin kuat, tidak takut ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kelebihan orang lain serta memiliki sikap positif, mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan Allah.
Petua dan tip kesihatan yang banyak terdapat dalam al-Quran, hadis, sunnah dan kisah sahabat merupakan yang terbaik untuk diamalkan dalam menjalani kehidupan.
Berzikir dapat menguatkan diri kita. Zikir tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (allahhuakbar); masing-masing 33 kali setiap kali, pada setiap hari.
Diceritakan satu kisah di mana puteri Rasulullah SAW, Fatimah berjumpa baginda dan memberitahu, yang dia memerlukan pembantu rumah. Lantas Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Mahukah aku berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta?” dan ba­ginda memberikan petua bacaan tasbih, tahmid dan takbir.
Kalimah ini sebenarnya menguatkan jasad kita.
Konsep berzikir bukan hanya menyebut nama Allah tetapi meliputi amal ibadat lain seperti bersolat, membaca al-Quran, melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, berbakti dan berkhidmat, mematuhi dan menyantuni, menerima ketentuan dengan reda malah berzikir yang ampuh harus diiringi sabar dan syukur.
Kepentingan amalan kerohanian dalam menjamin kehidupan yang damai dan tenang sememangnya terbukti berkesan dan menjadi amalan wajib ulama muktabar. Imam Nawawi RA misalnya sentiasa mengamalkan zikir dari waktu subuh sehingga duha dan apabila ada pihak bertanya, beliau mengatakan bahawa zikir itu adalah makanan kerohaniannya.
Kesihatan fizikal adalah amat penting, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohaninya) lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah.”
Seperti juga petua menjaga kerohanian, Islam turut memberikan tip memantapkan kesihatan fizikal terutama menerusi sunnah Rasulullah seperti ketika berhadapan dengan makanan yang wajar sekali diteladani manusia.
Rasulullah SAW sebagai contoh, baginda makan tidak banyak dan mengamalkan makan apabila benar-benar lapar tetapi berhenti sebelum kenyang. Jika hendak diikutkan logik, pasti tubuh Rasulullah kecil tetapi tubuh baginda besar dan tegap. Ulama mengatakan antara faktornya adalah makanan zikir yang diamalkan Rasulullah menyebabkan tubuh baginda menjadi kuat.
FAKTA
Tip kesihatan cara Rasulullah
Beribadat malam, selalu bangun sebelum subuh: kesegaran udara awal pagi bagus untuk kesihatan malah menjadi terapi penyakit Tibi. Ia turut memperkuatkan minda dan perasaan.
Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih, setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan berminyak wangi.
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang: makanan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan.
Gemar berjalan kaki: Baginda selalu berjalan ke masjid, pasar, medan jihad atau mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori tubuh terbuka dan peredaran darah lancar. Ia mampu mencegah penyakit termasuk jantung.
Tidak marah: Dalam sebuah hadis, seseorang berjumpa Rasulullah dan meminta apa-apa nasihat daripada baginda. Baginda berkata ‘jangan marah’, dan apabila diminta lagi nasihat seterusnya, baginda hanya mengulangi ‘jangan marah’. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan manusia bukanlah terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga kesihatan jiwa dan mental.
Baginda adalah seorang yang paling sabar, optimis dan gigih: sikap ini akan memberikan impak positif terhadap psikologi manusia.
Antara makanan kegemaran Rasulullah adalah madu: madu terbukti memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan.
Oleh : Utz Mohd Zazawi Yusoh – Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Je M'apelle Mussy
dengki atau iri hati, mana satu yg dibenarkan..anda rasa?

dengki bermaksud kita rasa kurang senang dengan kelebihan yang org lain ada dan kita kalo boleh, kelebihan tu hilang dari dia atau ada pada kita..

iri hati pula kita rasa cemburu dgn kelebihan org lain dan kita cuba sedaya upaya kita untuk dapat kelebihan tersebut..

jadi, mana satu yg boleh??dengki atau iri hati..

kebanyakkan kes org benci kat kita sebab kita dengki kat orang..orang kata hati busuk..mengapa ek..
kalo rasa dengki je, semua gi jumpa bomoh..sikit-sikit bomoh..aduhai, ini la zaman moden..nak berniaga pun guna bomoh untuk dapat untung lebih sikit..tapi akhirat tak amik peduli..pernah dahulu, kes benar ni, sebuah keluarga bergaduh sesama adik beradik sebab percaya kat bomoh..sebab bomoh kata adik pergi sihir kakak..tak pasal-pasal gaduh sampai bertahun-tahun..
ni la akibat dengki..tapi ada banyak lagi contoh lain pasal dengki..tetapi dari segi pemikiran logik kita, wajar kah kita dengki????

mengapa tak guna iri hati..

jika kita ingin kan sesuatu benda sama mcm org lain, jom kita berusaha tapi bukan menjatuhkan org lain..
tak salah untuk iri hati, tapi kita kene tahu mcm mn bentuk iri hati tersebut..
contohnya, dalam sukan,.kita iri hati dengan kawan kita sebab dia terer main, tapi kita kurang sikit.. so, kita sendiri yang perlu banyakkan latihan tapi bukan nya tackle kawan tu sampai cedera berbulan-bulan tak dapat main..

apa yg ingin di coret kan disini, tak guna kita dengki mendengki..tapi kita cabar diri kita untuk berjaya macam mereka yg kita cemburu..

dalam hidup ini, kita tak boleh fikir pasal nak jatuhkan orang tapi kita kene fikir solution untuk jadi macam mereka yg berjaya..
Je M'apelle Mussy

Sering kali manusia melihat kelebihan dan kepunyaan orang lain tanpa melihat diri sendiri. Sering kali manusia bangga akan bangsa lain tanpa melihat kebanggaan bangsa sendiri. Sering kali manusia akan merasa cemburu terhadap apa yang dia belum miliki, tetapi dimiliki oleh orang lain.
Manusia memang begitu.
Dan, jarang sekali manusia akan berfikir dan mensyukuri apa yang ada pada dirinya, tetapi tiada pada diri orang lain. Dan jarang sekali manusia akan menghitung nikmat yang ALLAh berikan pada dirinya, sebaliknya dia tegar menghitung nikmat-nikmat yang ALLAh berikan pada orang lain.
Kufur nikmat? Moga tidak begitu.
Berfikir dan Bersyukur
Saya pernah mendengar rintihan seorang kawan sepengajian yang berkata begini,
“Saya cemburu dengan keluarga si A. Semuanya alim belaka. Kenapa saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang macam tu.”
Saya diam.
Saya cuma melihat melalui jendela akhirat. Dan saya sangat pasti, ada sebab mengapa ALLAh lahirkan seseorang dalam keluarga yang kurang memahami amalan-amalan Islam. Dan saya sangat yakin, mungkin anak yang mempunyai kesedaran beragama itu nanti akan membawa keluarganya mengenali apa itu Islam. Apa itu Cinta ALLAh. Apa itu kasih Rasulullah. Dan apa itu syurga.
Berfikir dan bersyukur, bermaksud anda sebagai manusia selalu ingat terhadap nikmat-nikmat ALLAh yang telah melimpah dalam kehidupan anda. Anda redha dengan apa yang ALLAh kurniakan. Dan jika menginginkan kehidupan yang lebih baik, anda berusaha sedaya upaya dijalan yang ALLAh restui.
Berfikir dan bersyukur, bermaksud.. Anda memandang orang yang tidak seperti anda. Orang yang dalam kekurangan, mungkin dari segi kewangan, dari segi muamalah, dari segi kehidupan kepada Tuhan. Maka anda patut bersyukur sekiranya anda ALLAh kurniakan dengan kurnia yang lebih baik.
Bersyukur disini bukan bererti bermegah mahupun menyombong diri.
Percayalah, apabila anda selalu bersyukur, maka anda akan tenggelam dalam setiap nikmat yang ALLAh berikan dengan penuh keredhaan. Meskipun rezeki anda sedikit, namun penuh barakah.
Anda pernah tidak menghitung segala nikmat yang ALLah kurniakna? Kalau anda berkata, hidup anda terlalu banyak penderitaan dari nikmat. Maka saya akan katakan anda berbohong. Cuba anda bandingkan nikmat dan penderitaan anda. Manakah yang lebih berat timbangannya dalam pemikiran anda.
Kenapa? Sebab saya yakin dengan ini,
“Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAh, nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya..” – Surah Ibrahim : 34
Lihat Orang Lain Pada Dirimu
Pernahkah anda berjalan di suatu tempat, dan anda terlihat manusia yang lain menggunakan daya tangannya untuk jalan? Dan selepas itu, pernah tidak anda melihat kedua belaha kaki anda lalu melafazkan syukur kepada ALLAh? Pernah tidak anda melihat orang lain yang tidak mempunyai batang kaki, lalu anda melihat batang kaki anda, lalu anda bersyukur kepada ALLAh?
Anda pernah melihat seseorang yang buta sambil berjalan meraba-raba dengan tangannya yang dilujurkan ke hadapan? Masa tu, pernahkah anda menyentuh kelopak mata anda. Dan anda melahirkan rasa syukur. Kerana anda ada penglihatan, manakala orang yang buta itu tadi punya dunia yang gelap.
Anda pernah bercakap dengan seseorang yang mempunyai masalah pendengaran? Anda bercakap dengannya, tetapi anda kena tinggikan suara kepadanya agar dirinya mudah mendengar apa yang anda katakan. Allahuakbar. Pernah? Dan pernah anda menyentuh telinga anda? Lalu anda bandingkan pula dengan orang yang mempunyai masalah pendengaran tadi.
Apabila melihat ketiga-tiga ciri orang tadi, pernahkah hati anda terasa lebih rendah dari rumput di bumi?
Ayat cinta ALLAh,
“Mereka mengetahui nikmat ALLAh, kemudian mereka mengingkarinya..” Surah al-Nahl : 83
Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Terlalu Banyak Nikmat Yang Ada Padamu
Jangan sedih dengan apa yang ada pada dirimu tetapi pada diri orang lain, lebih dari dirimu. Kalau anda terus berasa sedih, maka cuma kedukaan yang akan menemani sang hati. Jangan pernah merasa ALLAh itu tidak adil, kerana anda akan kembali kepada ALLAh juga.
Oleh kerana kesedihan dan perasaan cemburu yang bersarang dihati anda, nikmat terbesar yang ALLAh kurniakan pun, anda tidak akan sedar. Kerana hati anda hanya bersedih dengan apa yang anda tidak ada. Sebaliknya, nikmat dan anugerah dari ALLAh akan mengalir bagaikan sungai tanpa anda sedari.
Jika manusia terus dengan sifat macam ni, maka percayalah.. Anda hanya akan sakit menderita. Anda akan meninggalkan dunia yang fana ini dengan satu perasaan yang hanya akan mengakibatkan anda terseksa di akhirat sana. Bukankah itu merupakan satu kerugian?
Siapa yang ingin termasuk dalam golongan orang yang rugi?
Anda mempunyai tempat berteduh, anda boleh makan makanan yang enak, anda boleh belajar setiap hari, anda boleh minum air melebih satu liter setiap hari, anda boleh tersenyum manis, anda boleh memakai apa yang anda inginkan. Tapi, pernahkah anda terfikirkan seseorang di tempat lain yang berada di bawah langit yang membuatkan dia tidak merasai apa yang anda rasai sekarang ini?
Mungkin orang itu, saat ini dan ketika ini sedang menangis memeluk lutut akibat perasaan lapar, sunyi dan sakit. Sedangkan anda, masih boleh berbual dengan seseorang, mengadu padanya apabila sakit, dan boleh makan apa sahaja yang anda idamkan.
Kasihan seseorang itu yang berada ditempat lain.
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” – al Rahman : 77
Semoga ALLAh merahmati.

Je M'apelle Mussy
hai kawan2...aslamualaikum....good morning...selamat pagi...sobahulkhair,
dah3 la tu...ok lah...hari ni mood nak tulis tntg apa yg saya buat hari ni...erm
pagi2...iman kejut kan saya...siap bawak penyangkut baju tu nak kejut anak dara..adoiyai...malu saya budak kecik ni...hehehe
hah..tengok tu...siap ketap-ketap molut kejut kan orang bangun...ish...ish...ish..bagus2...
then as usual kalau mamanya tak pegi keje...dia akan belanja kami makan nasi lemak...hah...ituuuu la yang palingggggg best....ada orang belanja makan pagi...tq mama..hehehe:)
ish..ish..ish...blurppppp...alhamdullilah...sedapppp...pastu part yang paling bestnye....nasi lemak ni di beli oleh kami berdua...agak2nye siapa????mama ngan liha ke???ooopsss...bukan2...
dah semestinya iman dan liha...kan iman...sampai makcik jual nasi lemak tu pun dah kenal kitorang...
bagus...bagus..iman kan suka berjalan-jalan...tengok bird la,broom-broom la(motosikal daaa)..
lepas tu senyum...klau nmpak kereta pulak...tengah jalan-jalan tu berenti pulak sebab takut and mintak dokong...erm...nasib baik comellll....layan je la....lepas tu tau orang penat dukung dia...siap senyum dan peluk and cium kta pulak....ermmmm..hilang penat...sebab iman pandai pujuk....
iman...iman...iman


Je M'apelle Mussy



Saya, dan Ummi saya. Semoga Allah redha kepada Ummi  and ayah saya. :-)
 Ummi Ayah

Dia ummiku,ayahku,
Dan dia hanyalah satu.
Tiada peganti buatnya,
Walau seluruh dunia digadaikan kepadaku.

Dengan harta,
Kasih sayangnya takkan mampu kusaingi.
Dengan kegemilangan nama,
Perjuangannya membesarkanku takkan mampu kutandingi.
Dan bukanlah itu yang dia pinta kepadaku selama ini,
“Selalu-selalu doakan ummi,ayah”
Itulah yang sering kudengari.

Ummi dan ayahku bukan sempurna,
Tetapi dia kekal sebagai bidadariku di dalam jiwa,
Dan bukanlah sikit sesalanku,
Terhadap kecacatanku dalam menjadi yang disenanginya.

Selamat berbahagia Ummi,ayah,
Terima kasih atas segalanya yang tidak mampu kutulis,
Sungguh aku bukan sempurna dalam meyayangi,
Tetapi aku sentiasa berusaha agar senyumanmu sentiasa terlukis.

Tiadalah akanku mampu membalasmu dengan dunia.
Maka aku berusaha agar mampu membawamu ke syurga.
Kerna aku mencintaimu Ummi,ayah,
Dengan sebenar-benar cinta.

~Siti Musliha~


Je M'apelle Mussy

Tingkatkan Keyakinan Diri


Berjumpa lagi semua.... Rasa-rasanya manusia tidak boleh lari dengan rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri sendiri. Berdoa dan mendekati kepada Allah adalah tunjangnya namun untuk merealisasikan keyakinan perlukan kekuatan minda.

kita selalu berkata....

Boleh ke aku lakukan?

Macam mana nak buat? Tak pandailah....

Memang benar kita boleh mengukur kemampuan kita sendiri namun masih ada kemampuan tersembunyi yang orang lain boleh nampak. Betul tak?

Bila diberi tugasan besar kita sering melihat diri kita sendiri. Fikiran negatif selalu sahaja singgah memberitahu perkataan TIDAK BOLEH. walhal kita boleh melakukan.
antara cara yang boleh meningkatkan keyakinan dari perspektif Cik Siti ialah:

1)Tengok cara orang lain bekerja. ambail cara mereka yang SMART dan bijak. *Jangan ambil yang buruk udahlah ye... nanti terpesong pulak jalan tu...

2)Kumpulkan kekuatan mental tekankan perkataan BOLEH dalam fikiran kita. kadang-kala kata-kata itu adalah doa. tanamkan positif mind.

3)mental warrior... usah dengar kata-kata mereka yang ingin melemahkan semangat kita. masih ada yang memberi sokongan. tanamkan sokongan mereka dalam hati.

4)team spirit. kadang-kala kita tidak boleh bergerak sendiri.... andai perlukan bantuan pasti yang akan bersama-sama dengan kita.

5)ucapkan kata-kata semangat seperti KAU BOLEH! CHALLENGE!!! dan yang penting bila dah sebut tu pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam

6)dengar lagu-lagu yang boleh menaikkan motivasi kita...
Je M'apelle Mussy
hehehe...hai...aslamualaikum....good morning...hari ni saya boring jadi saya nak citer pasal kawin2 plak la...hahaha...bukan saya kawin...ni sepupu2 yg kawin der...cer citer...cer citer...ha tengok na...
first yg mula2 kawin ialah
then yg seterusnya ialah
pastu...
then
hah...ni la org2 yg dah slamat jadi suami isteri....anak2 diorang yg sya tnjuk hari tu la...gmbar diorang ni susah nak amik,sebab tu la gmbr ank2 diorang yg masuk dulu...kihkihkih...
TERBAIK!!!!!!!!!