Je M'apelle Mussy


Assalamualaikum...

Ni entry aku copy paste je dari blog NI. Blog ni memang aku ikut perkembangan dia. Macam silent reader la jugak. Entry terbaru dia ni menarik so nak share dalam blog aku jugak.

Kak Di, mohon share entry akak ye!

Kisah 1:

Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap... hari.
Apa ada dalam fikiran melayu?
Sayang kucing?
Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."


Kisah 2:

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik.
Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England.
Apa ada dalam fikiran melayu?
Kedai buruk tapi duit banyak?
Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."


Kisah 3:

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu.
Dicari kontraktor melayu.
Apa dalam fikiran kontraktor melayu?
Sebut harga hanya 20 ribu katanya.
Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina, " Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."


Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar.

~renung2kan

Bila fikir2 balik, macam betul je apa yang KAK DI ni tulis dalam entry dia. Orang cina akan bantu sesama diorang, tapi orang kita yakni melayu akan hentam sesama sendiri. Cemburu khianat tu dah jadi makanan dah pun. Pantang tengok orang lain senang, mula nak mendengki, nak iri hati.. Sama jugak dengan kisah ketiga tu, Orang melayu, nak bina masjid @ surau pun berkira. Bila dapat kat bangsa lain, dorang tau je fikir bila bab2 tempat sembahyang ni. Lagi satu, bangsa lain nak bina rumah ibadat tak payah nak minta derma bagai, sebab bangsa dorang dermawan bila hal2 rumah ibadat ni. Tapi kita, orang melayu, orang Islam, bila nak bina masjid kena minta derma merata-rata padahal ramai je orang melayu, Islam yang kaya raya kan?

Nota Tangan: Just sharing my opinion. NO OFFENSE!



0 Responses