Je M'apelle Mussy


Assalamualaikum....



Seriously, sekarang rasa down sangat!
Hopefully everything is gonna be okay.
Hopefully.
Je M'apelle Mussy
ANAK YANG BAIK KE KITA??????





Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita 

yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar 

daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang 

kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian 

rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka 

selagi kita masih punyai mereka 

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal 

terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi 

di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya 


luka, tangannya patah dan perutnya terburai.

Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya 


terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi 

untuk hidup.

Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang 


kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya 


itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya 

dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. 

Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada 

harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-

henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu 

selamat.


Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal 


tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang 

menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula 

Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud 

kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam 

keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah 

merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak 


aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku 

yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam 

mulutnya.

Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku 


redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”


”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya.

Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Tepuk dada Tanyalah selera….
Je M'apelle Mussy
SELAMAT HARIJADI AYAH!!!!!!!


today is Friday, as we know it appear after Thursday and
 exist before Saturday
ooopsss. dah mengarut mengarut dah ni.
oh hai awak awak yang sedang membaca 
sambil mata di skrin dan tangan di keyboard.
haaaa. betul tak? betul tak?
macam mana saya tahu?
well well well. im watching you!!!!!
jaga jaga ada yang memerhati :p

disebabkan hari ni ramai bebenor la orang
 'mengepost' pasal hari wanita
so. me, as a "girl" wanna change it and post about 
my men, my hero, my protector :p 
TARAAAAAAAAAAA!!!! 
hey everyone, meet my parent :D
*please shake hands with them. ( in your dreams) hahaha*


ok. itu sekadar pendahuluan. di bawah ini pula adalah satu cerita yang ingin saya kongsikan.





APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG 

AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan 

keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita,

 sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk 

menelefon kita?
yang ini saya setuju 150%, bila mak telefon, akan 
dengar suara belakang tabir 'tanya dia sihat ke?' '
tengah buat apa?' asal tak tanya sendiri? malu ye? 
haha. kantoii. 


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung

 kita.Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah 

pulang 

bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu 

menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak

 "sudah diberitahu! jangan minum ais!"

 tapi nanti saya akan jawab macam ni. 

'eh. ubat ni'

 hai, melawan lagi 

tu :p 
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??



Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar 

malam. 

Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!". waktu 

remaja juga, teringin sangat nak bawa motor sendiri 

pergi sekolah. setiap saat, minit ,jam pujuk. tapi 

jawapan yang ayah bagi 

"biar korang menangis, dari kami yang menangis"
sanggup hantar ambik pergi sekolah. 
bangun pagi pagi. tinggalkan kerja yang tengah dibuat 
untuk ambik kami dari sekolah :')
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? 

Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat 

berharga.



Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan 

peraturannya. Maka kita telah melanggar 

kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu 

kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.


Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke 

sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan 

kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa 

menolak, beliau memenuhinya.Saat kamu 

berjaya.Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan 

bertepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum 

dengan bangga.

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang 

dan menangis?



"Selamat hari jadi ayah! Sanah Helwa. happy birthday walaupun ayah tak mungkin baca entry ni, tapi orang tetap nak tulis gak. hehe. Semoga ayah sihat selalu. Murah rezeki, sentiasa hensem and macho :p
tak pernah cakap sayang kat ayah, tapi.. 
Allah je yang tau, betapa sayangnya orang kat ayah
                                  
thank you sebab sentiasa sabar dengan kerenah anakmu yang macam-macam nih.hehe..
thank you Allah because give me a chance to borrow such a good and value able person.
without them, i'm nothing. 
(^_^)



Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai;  dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).

(Al -Ahqaf [46] : 15)


*Doakan ayah saya diberkati dan diredhai hidupnya oleh Pencipta*

Assalammualaikum :)



Je M'apelle Mussy

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA :D :)

tak nak tanya sihat ke tidak
sebab nak doa korang2 semua sihat :)

minggu ni kan banyak sangat dengar cerita pasal bermasam muka
benda yang jadi ni semuanya dalam kalangan mereka2 yang amat rapat
ewahhh. ayat skema :p

si A tak puas hati dengan si B
si C tak puas hati dengan si D
si E tak puas hati dengan si F
sampai lah ke Y & Z

bila semua cerita ni singgah melekat kat telinga
baru sedar yang semua manusia tak sempurna
semua manusia tak boleh jadi 'seperfect' yang mungkin
tak mampu nak puaskan hati semua orang
semuanya akan buat salah
semuanya akan terasa dengan orang lain
jahilnya la diri. baru sedar???
ish ish ish :'(

saya pun tak sempurna
tanpa sedar saya buat orang terasa hati
tanpa sedar saya wujudkan rasa dengki dalam diri
tanpa sedar saya sibuk nasihatkan orang lain padahal diri sendiri???

diri sendiri tak perfect
diri sendiri tak betul
diri sendiri tak servis
diri sendiri sifar. kosong. empty.

ya. mungkin nasihat yang saya bagi tak cukup sempurna 
sebab diri sendiri pun tak cukup baikkan.
macam mana la orang nak dengar.

tapi. tolonglah, hubungkan balik silaturrahim tu.
saya rindu kita-kita yang dulu.

"TANGAN YANG BERADA DI ATAS LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG BERADA DI BAWAH"

tolong kawan
ASSALAMMUALAIKUM :")