Je M'apelle Mussy
Assalamualaikum, minggu ni banyak sangat benda terjadi dan salah satu nya bila dapat berita pak cik dan cikgu yang sangat rapat dah menghadap Illahi. Allah sayang mereka, sebab tu diorang pergi dulu

1. saya tak banyak tau sangat pasal pak cik saya ni sebab kami tak rapat. Tapi yang terbaru ( walaupun benda ni dah lama jadi ) bila dia balik kampung and duduk umah adik dia. waktu tu baru kitorang bercakap and baru saya perasan yang dia ni suka menasihatkan orang ( sy suka tu ). saya pun duduk la dengar cerita dia. 1 hari tu kitorang main badminton depan rumah and kebetulan banyak lelaki kat kedai abang. tetiba pak long datang and cakap kat kitorang ' pak long x suka la anak2 pak long melompat2 depan lelaki, tak cantik' so, since dari tu kitorang macam dgn sendirinya bila nak melompat or nak main ke, kitorang akan pastikan tak de lelaki di sekeliling kami ( except angah, yeop and sewaktu dgn nya la ). Arwah juga bila di perhatikan tak suka membuka aib orang and cerita kan masalah dia pada sesiapa, menjaga solat, selalu berpandangan and beranggapan baik pada semua orang sampai kadang2 dia yang disalahgunakan. Itu la kali terakhir sy jumpa dia. Arwah meninggal hari Isnin 14.01.2013

2. Hamba Allah yang ke 2 seorang cikgu yang sgt sy syg. waktu sekolah dulu selalu bagi kitorang semangat, kata-kata semangat untuk terus belajar. kali terakhir kitorang jumpa raya deepavali 2 tahun lepas. waktu tu tengok dia sihat walafiat je and tersenyum sambut kedatangan kitorang. Cikgu Hana suka bercerita dengan kitorang, berkawan and bercakap mcm seorang ibu, kelakar and suka menegur bila kitorang buat salah. menitis air mata bila dapat tahu dia dah 'pergi' dulu. yes, Allah syg dia. dia 'pergi' selasa 15.01.2013

bila dah dengar berita org2 yg sy kenal and rapat meninggal dunia, sy terpikir, apa la perasaan anak2 diorang kan yang tengah bersekolah and memerlukan seorang ibu n bapa. Saya mula bayangkan keadaan sy d tempat diorang. Allahhhhhhh..hanya Dia yang tahu. betul, kita tak boleh mencintai manusia lain melampaui cinta kita pada Allah. tapi walau sedegil, sejahat mana pun kita, ibu bapa la orang yang paling kita ingat sampai bila2. Jujurnya saya tak sanggup hilang mak and angah saya dulu. Walaupun banyak dosa lg tp sy berdoa biar la saya pergi dulu dari mak and angah. Ya Allah, berdosanya saya sbb mencintai ibu bapa lebih dari Mu. Saya masih cuba belajar untuk didik diri cintakan Allah melebihi semua perkara. 


YA ALLAH! JADIKAN PINTU2 SYURGA TERBUKA UTK KAMI, HATI2 MANUSIA TERASA SELESA TERHADAP KAMI, TIAP2 KEBAJIKAN DIGANDAKAN UTK KAMI, SETIAP KEBAIKAN DI DUNIA DIKURNIAKAN KPD KAMI, SEGALA NI'MAT DI SYURGA DIBERIKAN KEPADA KAMI, PADA SETIAP LANGKAH KAMI MALAIKAT BERDOA UTK KAMI, PADA SETIAP SOLAWAT KAMI ALLAH SWT MENGAMPUNKAN DOSA2 KAMI.
ameen ameen ya rabbal alamin

~Al- Fatihah~
0 Responses